****CINTAILAH APARTMENT KITA**** Peribadi bersih adalah lambang hati yang suci. Justeru, jika kita mampu membina sahsiah yang jauh daripada sifat mazmumah, sudah tentu kita mempunyai hati yang suci daripada bintik hitam mengotorkan. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung kepayahan, tetapi Dia berkehendak membersihkan kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. - Surah al-Maidah, Ayat 6
Sunday, November 8, 2009
Wednesday, November 4, 2009
Tuesday, October 20, 2009
Migrasi Meter Air
| |
|
Thursday, October 15, 2009
Jamuan Hari Raya Astana Alam 3
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Majlis Hari Raya Aidil Fitri Komuniti Astana Alam 3 akan berlangsung seperti tertera di bawah :
Hari Sabtu, 17hb Oktober 2009 (28 Syawal, 1430H)
Jam 9:00 malam,
Dewan Persatuan AA3,
Aturcara Majlis
8:45 pm – Ketibaan tetamu / jemputan
9:00 pm – Ucapan Pengerusi Majlis
– Bacaan Doa
– Ucapan Pengerusi JMB
– Ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk
– Ucapan Pengerusi Surau
9:20 pm – Jamuan makan
– Sesi suaikenal bersama tetamu / jemputan
11:30 pm – Majlis bersurai
Pakaian : Baju Melayu / Baju Kurung
Digalakkan membawa kuih / biskut raya pada majlis tersebut.
Kehadiran anda semua amatlah dialu-alukan untuk memeriahkan majlis.
Terima Kasih.
Wednesday, October 14, 2009
SENARAI AHLI JAWATANKUASA JMB TAHUN 2008 - 2009
...........Taatkanlah aku selama mana aku melakukan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya dan apabila aku tidak melakukan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya maka tiada lagi ketaatan kamu kepada aku.
NO. NAMA & ALAMAT JAWATAN TELEFON BIMBIT
1. EN. MOHD YUNUS BIN ARIFFIN - PENGERUSI - 012-3292123
Permata 01-27, Tangga 7
2. EN. NOOR HARIRI BIN SHARUDIN - SETIAUSAHA - 019-2716021
Intan 02-08, Tangga 2
3. EN. ZAIRIL SHAM BIN MANAN - BENDAHARI - 019-3303081
Intan G1-29, Tangga 8
4. EN. HJ. ALIAS BIN ASHAARI - AJK TENDER - 012-2896946
Juwita G1-19, Tangga 5
5. EN. ANNUAR BIN HUSSAIN - AJK TENDER - 012-3860810
Permata 02-09, Tangga 9
8. EN. RAZID BIN SIRON - AJK AGAMA & KEBAJIKAN - 013-3780173
Intan 01-11, Tangga 3
9 EN. MOHD KHAIBIR BIN HARUN - AJK AGAMA & KEBAJIKAN - 016-2792688
Permata 01-21, Tangga 7
11. EN. ZULKAPLI BIN ISMAIL - AJK KESELAMATAN - 019-2615457
Tuesday, October 13, 2009
Monday, October 12, 2009
Apakah Badan Pengurusan Bersama (JMB)?
Pada asasnya, penyelenggaraan bangunan tempat tinggal tinggi kini adalah tanggungjawab para pemilik unit-unit di situ. Sendiri punya unit rumah, sama-sama pemilik kena selenggara.
(Muat turun Pelaksanaan Akta 663.PDF, rujuk juga tulisan YB ADUN Chempaka, dan satu contoh JMB Seri Mawar)
Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan & Pengurusan Bangunan) 2007 (Akta 663) yang berkuatkuasa pada 12 April 2007 telah mewajibkan semua pemaju untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah Akta Hakmilik Strata. PKNS sebagai pemaju akan menubuhkan JMB di Apartmen/Pangsapuri/Rumah Pangsa Kediaman Tuan/Puan.
SOALAN 1: Apakah Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB)?
JAWAPAN 1: Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) ialah satu jawatankuasa yang dianggotai dan ditadbir oleh Pemilik Petak/Penduduk dalam mengurus dan menyenggara bangunan. JMB diwajibkan di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah hakmilik strata.
SOALAN 2: Kenapa perlunya JMB?
JAWAPAN 2: Penubuhan JMB adalah perlu selaras dengan Akta 663 yang mewajibkan Pemaju untuk menubuhkannya sehingga hakmilik strata dikeluarkan dan Perbadanan Pengurusan ditubuhkan.
SOALAN 3: Bilakah Penubuhan JMB dikuatkuasakan?
JAWAPAN 3: Bagi pangsapuri yang telah menerima kunci kediaman dan belum menerima hakmilik strata, pemaju hendaklah menubuhkan JMB dalam tempoh 12 bulan dari 12 April 2007 atau dari tarikh mengambil kunci rumah kediaman.
SOALAN 4: Apakah Tanggungjawab dan kuasa JMB?
JAWAPAN 4: Tanggungjawab dan kuasa JMB adalah mematuhi notis PBT, menyenggara harta bersama, mendaftarkan JMB, menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan, memastikan Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan diaudit, mentadbir Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan, menguatkuasa kaedah dalaman (House Rules), mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar Biasa, menginsuranskan bangunan, menyediakan dan menyenggara daftar pembeli, lain-lain perkara yang berkaitan penyenggaraan bangunan dan menyenggara Singking Fund.
SOALAN 5: Siapakah Ahli-ahli JMB dan berapakah bilangan ahli-ahlinya?
JAWAPAN 5: Ahli-ahli JMB atau dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) terdiri daripada Pembeli dan Pemaju. Bilangan Pembeli mestilah tidak kurang dari 5 orang dan tidak lebih daripada 12 orang. Senarai ahli JMC ialah Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Ahli Jawatankuasa sementara 1 wakil dari Pemaju.
SOALAN 6: Berapa lama tempoh jawatan tersebut?
JAWAPAN 6: Ahli JMC memegang jawatan tidak melebihi 3 tahun atau sehingga pembubaran JMB.
SOALAN 7: Bagaimana Ahli JMC dipilih?
JAWAPAN 7: Perlantikan ahli JMC diadakan pada Mesyuarat Pertama secara undian tangan. Urusan mengadakan mesyuarat tersebut akan dikendalikan oleh Pemaju dengan memberi notis bertulis 14 hari kepada Pemilik Petak/Penduduk dari tarikh mesyuarat yang dijangka akan diadakan.
SOALAN 8: Siapakah yang layak mengundi?
JAWAPAN 8: Pemilik Petak/Penduduk yang tidak mempunyai tunggakan sahaja layak untuk mengundi.
SOALAN 9: Bagaimana pula dengan penduduk yang mempunyai tunggakan?
JAWAPAH 9: Penduduk yang mempunyai tunggakan boleh hadir ke mesyuarat tersebut tetapi mereka tidak boleh mengundi.
SOALAN 10: Bagaimana jika Pemilik Petak/Penduduk tidak hadir ke mesyuarat tersebut walaupun layak untuk mengundi?
JAWAPAN 10: Pemilik Petak/Penduduk tersebut boleh mewakilkan kepada orang lain dengan mengisi Borang Proxy dan menghantar borang tersebut kepada Pemaju dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.
SOALAN 11: Bagaimana jika ada persamaan undi bagi sesuatu resolusi/perkara?
JAWAPAN 11: Pengerusi yang baru dipilih pada mesyuarat tersebut akan membuat keputusan bagi persamaan undi tersebut.
SOALAN 12: Apakah kuorum bagi mengadakan Mesyuarat Agung JMB?
JAWAPAN 12: Kuorum bagi mengadakan mesyuarat Agung JMB ialah ¼ daripada pembeli yang berhak mengundi.
SOALAN 13: Bagaimana jika kuorum masih tidak mencukupi?
JAWAPAN 13: Jika dalam masa ½ jam, kuorum masih tidak mencukupi, Pemilik Petak/Penduduk yang hadir berhak untuk membentuk suatu kuorum.
SOALAN 14: Bagaimana jika tiada pemilik petak/penduduk yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC?
JAWAPAN 14: Jika selepas 1 jam tiada yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC, pemaju akan memaklumkan kepada Pesuruhjaya Bangunan secara bertulis dalam tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat telah diadakan. Pesuruhjaya Bangunan akan memaklumkan sama ada untuk menetapkan semula tarikh mesyuarat yang baru atau melantik ejen pengurusan bagi mentadbir dan menyenggara bangunan tersebut.