5.0 TEMPAT MELETAK KENDERAAN
a)
Setiap
unit rumah dalam apartment diperuntukkan satu (1) unit petak letak kenderaan
dan akan di labelkan dengan nombor rumah.
b)
Penghuni
hendaklah meletakkan kenderaan mereka samada kereta, van, motosikal dan lori
satu (1) tan di tempat petak yang telah ditetapkan. Lori melebihi satu (1) tan
hendaklah di letakkan di luar kawasan apartment. Pembahagian tempat parking
kenderaan akan ditetapkan oleh pihak Pengurusan JMB Astana Alam 3 dan mengikut
konsep ‘siapa cepat dia dapat’.
c)
Penghuni
yang meletakkan kenderaan di dalam kawasan apartment ataupun ditempat letak
kenderaan adalah dibawah risiko pemilik kenderaan itu sendiri.
d)
Pihak
Pengurusan JMB tidak akan bertanggungjawab dan tidak boleh dipertanggunjawabkan
keatas sebarang kerosakan, kecurian atau kehilangan mana-mana kenderaan atau
apa-apa tuntutan yang berkaitan dengan penggunaan petak tempat letak
kenderaan kecuali yang dinyatakan dalam
skim insurans yang dilindungi.
e)
Penghuni
hendaklah menggunakan petak tempat letak kenderaan hanya untuk kengunaan
kenderaan persendirian sahaja. Hanya dibenarkan kereta, van, motosikal dan lori
persendirian satu (1) tan menggunakan tempat letak kenderaan. Kenderaan
melebihi satu (1) tan dan kenderaan pembinaan tidak dibenarkan diletak atau
menghalang kawasan tempat letak kenderaan.
f)
Sila pastikan halaju tidak melebihi 10km/j semasa berada di
dalam kawasan Astana Alam 3.
g)
Penghuni
tidak dibenarkan membina sendiri atau mengubahsuai tempat letak kenderaan atau
menambah sebarang struktur dan sebagainya
h)
Penghuni
tidak dibenarkan menggunakan petak tempat letak kenderaan sebagai tempat
simpanan barang dan sebagainya.
i)
Penghuni
tidak dibenarkan meletak kenderaan mereka dimana-mana tempat yang boleh
menganggu laluan atau hak masuk lot tempat letak kenderaan bersebelahan atau
berdekatan dengan laluan jalan.
j)
Pihak
Pengurusan JMB berhak menunda atau mengunci mana-mana kenderaan yang menghalang
atau meletak kenderaan dipetak letak kenderaan yang disediakan kepada penghuni
lain atau tempat yang bukan kawasan meletak kenderaan. Denda RM50.00 akan
dikenakan semasa penghuni / pemilik memohon pelepasan kenderaan tersebut
k)
Tetamu/Jemputan
penghuni yang ingin meletak kenderaan mereka semalaman, dibenarkan meletak
kenderaan ditempat letak kenderaan. Tetamu/Jemputan dikehendaki melaporkan
kepada pengawal keselamatan atau kepada pihak Pengurusan JMB.
l)
Pihak Pengurusan mempunyai kuasa mutlak ke atas setiap lot-lot parking,
termasuk hak untuk membuat pindaan kepada penggunaan lot-lot parking,
pengubahsuaian yang difikirkan perlu dan tindakan-tindakan lain yang tidak
menjejaskan hak setiap pemilik unit kediaman.
m)
Pelekat
kenderaan hendaklah dipamerkan di cermin hadapan kereta pada setiap masa supaya
mudah dikenalpasti. Sekiranya apartment disewakan, pelekat tersebut boleh
diserahkan dan digunakan oleh penyewa setelah surat kuasa perjanjian penyewaan
dikemukakan kepada pejabat Pengurusan JMB.
n)
Setiap
kenderaan perlu menampal pelekat kenderaan (sticker) yang mudah dilihat oleh
Pengawal Keselamatan. Harga sekeping pelekat kenderaan yang telah ditetapkan adalah
RM5.00 sekeping dan pelekat kenderaan boleh didapati di Pejabat Pengurusan atau
di pondok pengawal. Motorsikal perlu diletakkan ditempat yang bersesuaian atau
ditempat yang telah dikhaskan agar tidak menghalang pergerakan lalulintas,
menghalang ketenteraman atau menghalang dari sebarang laluan kecemasan dan
perlulah dikunci dengan selamat. Pihak Pengurusan JMB tidak akan
bertanggungjawab diatas kehilangan / kecurian.
o)
Setiap pemilik kenderaan perlu memastikan kenderaan
diletakkan dengan selamat. Pihak Pengurusan tidak akan bertanggungjawab ke atas
sebarang kecacatan, kecelakaan atau kecurian yang berlaku.
p)
Bagi
mempastikan kotak parking terus menjadi milik anda, bil yuran penyelenggaraan
harus dijelaskan tidak melebihi 2 bil (6 bulan@ RM300). Sekiranya terdapat
tunggakan 6 bulan tidak dijelaskan kotak parking milik anda akan ditarik balik.
q)
Basikal
hendaklah dikunci dan diletakkan secara teratur. Keselamatan atas tanggungjawab
sendiri.
5.1 Kenderaan
Berdaftar
a)
Penghuni
perlu memastikan kenderaan-kenderaan didaftarkan kepada Pejabat Pengurusan
untuk memastikan tiada sekatan untuk memasuki kawasan Apartment Astana Alam 3.
b)
Pihak
Pengurusan berhak mengambil tindakan sewajarnya jika terhadap
kenderaan-kenderaan yang tidak didaftarkan, termasuk menunda kenderaan tersebut
keluar dari kawasan Astana Alam 3. Caj penundaan akan dikenakan di atas
kegagalan pengguna mematuhi arahan ini.
c)
Elakkan
dari mempunyai tunggakan pada bil-bil JMB untuk mengelakkan kesulitan untuk
mendaftar kenderaan anda, dan mengakibatkan kemasukan kenderaan anda disekat.
5.2 Lot
Parking OKU
a)
Satu
(1) lot parking khas untuk pemandu kurang upaya (OKU) disediakan di setiap
blok.
b)
Warga
Astana Alam 3 yang berkelayakan diminta
mendaftar dengan Pejabat Pengurusan untuk membolehkan parking OKU ini
digunakan.
c)
Pihak
Pengurusan berhak menguruskan lot parking OKU ini untuk tujuan lain jika tiada
yang berkelayakan untuk menggunakannya. Walau bagaimanapun, jika terdapat
pemilik/penyewa yang layak untuk memohon, parking OKU akan diberikan, dan
penggunaannya diganti dengan lot parking asal pemilik semasa.
5.3 Kesalahan
Meletakkan Kenderaan
a)
Pihak Pengurusan, berhak mengambil tindakan
terhadap kenderaan-kenderaan yang melanggar peraturan-peraturan di dalam
Kaedah-Kaedah Dalaman ini.
b)
Pemilik diingatkan bahawa meletakkan kenderaan
di tempat selain yang ditetapkan adalah satu kesalahan yang besar, dan boleh
dikenakan tindakan.
c)
Kesalahan
meletakkan kenderaan di Apartment Astana Alam 3 akan mengakibatkan kenderaan
anda dikunci. Caj akan dikenakan untuk membuka kunci, dan 10% daripada itu akan
dijadikan insentif untuk Pengawal Bertugas.
d)
Alat
pengunci, notis dan lain-lain yang berkaitan adalah sebahagian dari harta
bersama. Caj maksimum akan dikenakan kepada pengguna kenderaan yang didapati
merosakkan peralatan tersebut.
e)
Kegagalan
membayar caj-caj yang dikenakan akan mengakibatkan caj-caj tersebut dimasukkan
ke dalam Bil Penyelenggaran, dan pemilik/penghuni menghadapi masalah
dikeluarkan sebagai pemilik/penghuni yang layak (Rujuk Pemilik Yang Layak).
f)
Aktiviti
membaiki dan membasuh kenderaan tidak dibenarkan di kawasan Astana Alam 3.
Walau bagaimanapun, pemilik kenderaan perlu memaklumkan kepada Pengawal
bertugas jika berlaku sebarang kecemasan untuk membaiki kenderaan.
5.4 Tatacara
Prosedur Mencekah Tayar
- Tindakan Pengadu
a)
Pengadu
dikehendaki membuat aduan di Pejabat JMB (waktu pejabat) dan di Balai Pengawal
(selepas waktu Pejabat)
b)
Pengadu
hendaklah mengisi butir-butir aduan di dalam buku Notis Cekah Tayar (perbuatan
ini akan dilakukan di lokasi kejadian)
c)
Pengadu
bersama Pengawal hendaklah melakukan pemeriksaan terhadap laporan yang dibuat. Pengawal akan membawa peralatan
mencekah tayar bersama.
d)
Setelah
mengesahkan, Pengawal akan mengunci tayar tersebut dan notis tersebut akan
ditampal pada kenderaan terbabit atau pada alat cekah tayar.
- Tindakan Pesalah
a)
Lapor
di Pejabat JMB (waktu pejabat) dan di Balai Pengawal (selepas waktu Pejabat).
b)
Setelah
pembayaran denda sebanyak RM50.00 (penalty) dijelaskan kepada Pejabat JMB
(waktu pejabat) dan di Balai Pengawal (selepas waktu Pejabat) kunci Cekah Tayar
akan dibuka. Resit pembayaran akan dikeluarkan.
- Kuasa Membuka
a)
Mana-mana
orang perseorangan atau Ahli Jawatankuasa atau 3 Jawatan Tertinggi tidak diberi
bidang kuasa untuk membuka mana-mana alat cekah tayar.
- Tindakan kepada Pesalah
a)
Sekiranya
mana-mana orang perseorangan atau pesalah didapati cuai atau sengaja atau
khianat merosakan alat pengunci tayar tersebut maka satu laporan polis akan dibuat
dan kos gantirugi akan ditanggung sepenuhnya oleh mana-mana pihak yang tidak
bertanggungjawab.
b)
Sekiranya
mana-mana orang perseorangan atau pesalah yang tidak berpuashati dan didapati
menimbulkan sebarang provokasi terhadap pengawal yang menjalankan tugas maka
satu laporan polis akan dibuat terhadapnya.
- Kerugian Kepada Pengadu
a)
Pengadu
dikehendaki menuntut gantirugi daripada Pengurusan JMB (waktu pejabat) sebanyak
RM25.00 setelah pesalah selesai membayar kadar denda yang dikenakan terhadap
dirinya.
- Peringatan Penting
a)
Mana-mana
pemilik kenderaan/ Pemilik Petak/ Penyewa/ Pelajar UITM yang tidak membuat
pendaftran petak parkir dinasihatkan supaya meletakan kenderaan masing-masing
di Petak Parkir yang tiada ditanda dengan No. Unit Rumah. Arahan ini termasuk
kepada Pemilik Kenderaan yang mempunyai kenderaan lebih dari 1 (satu) buah.
- Larangan Meletak Sebarang Objek Sementara atau Kekal
a)
Mana-mana
pemilik kenderaan/ Pemilik Petak/ Penyewa/ Pelajar UITM adalah dilarang sama
sekali meletak sebarang oblek didalam Petak Parkir samaada berbentuk semetara
atau kekal.
b)
Pihak
JMB akan merampas segala objek sekiranya mana-mana individu yang didapati gagal
mematuhi arahan ini tanpa sebarang notis dikeluarkan.
Atas Arahan
Pengurusan JMB Astana Alam 3.
No comments:
Post a Comment