Tuesday, December 8, 2015

GARIS PANDUAN PENYIDAIAN KAIN


Keterangan: 

GARIS PANDUAN PENYIDAIAN KAIN DI KEDIAMAN BERBILANG TINGKAT
TUJUAN
Pekeliling ini bertujuan memberi penjelasan serta panduan kepada Pihak 
Berkuasa Negeri(PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pesuruhjaya 
Bangunan (COB) mengenai pelaksanaan Garis Panduan Penyidaian Kain 
Di Kediaman Berbilang Tingkat seperti di Lampiran.
LATAR BELAKANG
2. Amalan masyarakat di bangunan kediaman berbilang tingkat yang menyidai 
kain secara tidak teratur di bahagian tingkap, balkoni dan koridor telah 
mencemarkan pemandangan di kawasan bandar. Ini disebabkan pada 
masa ini, tiada peraturan khusus yang dikuatkuasakan bagi tujuan 
membendung amalan tersebut. Sehubungan dengan itu, Kementerian 
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melaksanakan satu kajian 
bagi mewujudkan satu garis panduan penyidaian kain yang praktikal untuk 
menangani masalah penyidaian kain di kediaman berbilang tingkat.
3. Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan tersebut, 
antara faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya amalan penyidaian 
kain yang tidak teratur di kediaman berbilang tingkat adalah seperti berikut :-
(i) ruang penyidaian kain yang tidak mendapat pengudaraan dan pencahayaan 
yang mencukupi;
(ii) ruang penyidaian kain sedia ada digunakan untuk tujuan lain seperti 
stor dan meletak peralatan;
(iii) tiada House Rules dalam pengurusan bangunan atau House Rules 
yang disediakan tidak mempunyai elemen tatacacara penyidaian kain;
(iv) House Rules yang disediakan tidak dipatuhi oleh penghuni;
(v) tiada tindakan penguatkuasaan oleh pihak pengurusan bangunan 
dan PBT;
(vi) pelan susun atur bangunan meletakkan ruang penyidaian kain 
di bahagian belakang 
bersebelahan dengan ruang dapur dan selalunya menghadap ke
 jalan raya; dan
(vii) ruang penyidaian kain yang disediakan terlalu kecil dan sempit.
4. Sehubungan dengan itu, mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan 
Tempatan Ke-61 
(MNKT Ke-61) pada 2 Disember 2008 telah bersetuju dengan pelaksanaan 
Garis Panduan 
Penyidaian Kain Di Kediaman Berbilang Tingkat bagi menangani amalan 
penyidaian kain yang tidak teratur di kediaman berbilang tingkat.
PENGGUNAAN GARIS PANDUAN
5. Garis Panduan Penyidaian Kain Di Kediaman Berbilang Tingkat yang 
dilampirkan kepada pekeliling ini menerangkan secara terperinci 
amalan penyidaian kain yang baik dan paling sesuai digunakan 
di kediaman berbilang tingkat dan ia merangkumi peranan dan 
tanggungjawab pihak-pihak terlibat yang terdiri daripada penghuni, 
pihak pengurusan bangunan dan PBT serta aspek penggunaan 
peralatan bagi mengatasi masalah penyidaian 
yang tidak teratur.

TARIKH KUATKUASA
6. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.
PERTANYAAN
7. Sebarang pertanyaan dan penjelasan lanjut berhubung pekeliling
 ini boleh dikemukakan 
kepada :
Ketua Pengarah
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 6, Blok F (Utara)
Pusat Bandar Damansara
50782 Kuala Lumpur
(u.p.: Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik)
No. Telefon : 03-20947033 / 20874761
No. Fax : 03-20936982 / 20930709
PENUTUP
8. Pemakaian peruntukan pekeliling ini dipanjangkan kepada semua PBN, PBT dan COB .
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(DATO’ AHMAD BIN HJ. KABIT)
Ketua Setiausaha
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
22 Januari 2009
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Datuk Bandar / Yang Dipertua
Pihak Berkuasa Tempatan




No comments:

Post a Comment