PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI ASTANA ALAM 3.



1. KAWALAN KESELAMATAN

-           Mengawal keadaan lalulintas keluar dan masuk.
-     Merekod kenderaan Pelawat/Kontraktor keluar dan masuk serta mengedarkan  pelekat laminate kepada Pelawat/Kontraktor.
-        Mencatit segala aduan dan laporan dari pemilik petak dan merujuk kepada Pihak Pengurusan.
-      Mengawal persekitaran kawasan blok kediaman supaya berada dalam keadaan selamat dan tenteram.
-   Membuat pemeriksaan dan rondaan keatas blok kediaman dan tempat letak kenderaan.

2. PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN

-         Membersihkan kawasan milikan bersama (kawasan awam).
-          Menyapu sampah di tempat letak kenderaan dan di setiap tangga blok kediaman.
-          Menyapu daun-daun kering yang berterbangan.
-         Membersih longkang di tingkat bawah blok kediaman termasuk longkang           dipetak   parking kenderaan.
-  Membersih sekitar tempat pembuangan sampah termasuk sisa pepejal yangbertaburan.
-       Membersihkan kawasan pembuangan sampah-sampah pukal.

3. PERKHIDMATAN SENGGARAAN BANGUNAN

-       Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan termasuk kerja-kerja letrik, perpaipan, main hole dan penyenggaraan tangki air.

4. LANSKAP

-       Mencantikkan kawasan taman, pokok bunga serta memotong rumput di dalam kawasan persekitaran AA3.

5. PERALATAN MENCEGAH KEBAKARAN.

-            5 X Alat pemadam api disediakan dan ditempatkan di pondok pengawal AA3.
-     Pihak Pengurusan JMB AA3 boleh melakukan latihan kebakaran atau           kecemasan mengikut kesesuaian atau atas permintaan pihak berkuasa.

6. KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV).


-     16 unit CCTV dipasang di dalam kawasan apartment yang terdiri dari 5 unit kamera dipasang di  laluan keluar dan masuk di pintu utama AA3, 1 unit kamera dipasang di belakang pondok pengawal dan 2 unit kamera di pasang di Pejabat Pengurusan AA3, 1 unit tangga pelajar sekolah, 1 unit di Hadapan Suarau Al-Falah 2 unit di tepi kanan bangunan dan 2 unit di Dewan Penduduk Astana Alam 3

No comments:

Post a Comment