Tuesday, December 8, 2015

LARANGAN PEMELIHARAAN BINATANG



2.4 Binatang peliharaan dan ternakan

  1. Binatang peliharaan, ternakan atau apa-apa haiwan lain hanya dibenarkan di dalam kawasan unit, dengan kebenaran bertulis dari Pihak Pengurusan. Semua haiwan haruslah berada di dalam kawasan unit dan ia tidak dibenarkan berkeliaran di mana-mana kawasan umum. Pihak Pengurusan berhak untuk mengambil/membuang mana-mana haiwan peliharaan, ternakan atau haiwan lain di dalam kawasan Bangunan dan Harta Bersama, dan apa-apa kos yang terlibat ditanggung oleh penghuni/ pemilik yang memiliki haiwan itu. Penghuni dikehendaki mengutip dan membuang apa-apa najis yang ditinggalkan oleh haiwan peliharaan atau ternakan mereka. Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, Pihak Pengurusan akan mengenakan denda.

2.5 Memberi makan binatang peliharaan, haiwan berkeliaran, ternakan dan   
      burung-burung.

  1. Penghuni tidak dibenarkan memberi makan pada mana-mana haiwan peliharaan, haiwan berkeliaran atau burung-burung di kawasan umum.


No comments:

Post a Comment