Tuesday, July 8, 2014

DENGGI MENYERANG

Mohon kerjasama penduduk sekitar Astana Alam 3 untuk memelihara persekitaran masing-masing dari pembiakan jentik-jentik...Kawasan Astana Alam 3 menghadapi masalah wabak Aedes yang semakin serius dan amat membimbangkan. Diminta agar penghuni tidak menyimpan segala barangan yang tidak digunakan atau terpakai dibawah tangga dan belakang rumah dan membuang barangan tersebut ditempat yang disediakan bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes. " Kita Mampu Mengubahnya"..Pihak Jabatan kesihatan akan membuat pemantauan berkala dirumah anda...jika masih terdapat pembiakan Aedes denda atau kompoun akan dikenakan sebanyak RM500..Pihak JMB akan membuat pemeriksaan dari masa kesemasa bagi memstikan kawasan coomon area tidak dijadikan kawasan penyimpanan barang terpakai. Keadaan ini boleh mempengaruhi pembiakan nyamuk. Kami juga meminta keperihatinan penduduk untuk menjaga kawasan sekeliling kita supaya sentiasa bersih dan bebas dari takungan air yang merupakan punca pembialan aedes dan wabak denggi..



Wednesday, June 18, 2014

BASMI AEDES CEGAH DENGGI

 Fogging basmi denggi oleh Jabatan Kesihatan Kuala Selangor
 Basmi Aedes cegah Denggi




Monday, April 21, 2014


Rujukan Kami : memo/jmbaa3/2012/004                                                   
Tarikh :  04 Mei 2012                       

                         NOTIS PEMBERITAHUAN
PERKARA:

1)    CHARGE UNTUK MEMPERBAHARUI POLISI FIRE INSURANCE.
Untuk makluman kepada penduduk, pihak JMB Astana Alam 3 akam memperbaharui ‘Polisi Fire Insurance’ yang akan tamat pada 26/5/2012. Kadar charge yang dikenakan bagi setiap blok adalah seperti dibawah : -
NO
BLOK
CHARGE / YEAR
1
PERMATA
RM30.40/Unit
2
KASIH
RM30.40/Unit
3
JUWITA
RM28.80/Unit
4
INTAN
RM30.40/Unit

PERKARA:

2)    BAYARAN MAINTENANCE FEE DAN TUNGGAKAN AIR
           Adalah menjadi kewajipan semua pembeli membayar caj penyelenggaraan dan pengurusan bangunan serta tunggakan air (kepada yang masih belum menukar meter individu) (seksyen 23, Akta 663). Kami memohon kepada semua pemilik/penghuni petak membayar caj penyelenggaraan bangunan dan tunggakan air bagi mengelak pihak kami mengambil tindakan mahkamah untuk menuntut bayaran tersebut (seksyen 32 (b), Akta 663).

Pembayaran boleh dibuat di Pejabat JMB Astana Alam 3 (Blok Permata), mana-mana kaunter MAYBANK, ATM mesin atau cek. Sebarang slip pembayaran harus di fax atau email untuk rujukan kami dengan menulis no rumah dan no telefon.  Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak Pengurusan JMB Astana Alam 3 di talian 03-33932875 (Pn. Aniza).

MAYBANK ACC : 562357503041 (JMB Astana Alam 3)
Fax No : 03-3393 3051 / Email : jmbaa3@gmail.com

PERSIAPAN TERAKHIR AGM KE-4

PENGUATKUASAAN PALANG KESELAMATAN

PENGUATKUASAAN PALANG

KERJA-KERJA MENGECAT SEMULA

                                                        Mengecat pakir dan bonggol

Sejuk mata memandang kotak parking terang balik...

BARRIER GATE DAN CCTV


Penambahbaikan...Pihak JMB telah menambah barrier gate bagi mencapai matlamat JMB untuk memastikan keselamatan Astana Alam 3 ke tahap maksimum. Sementara ni masih menggunakan button manual. Memohon sangat-sangat kerjasama semua penduduk untuk berhenti 5-10 saat untuk pemeriksaan CCTV. Pihak JMB juga telah menambah 4 lagi point CCTV disekitar Guard House dan Pejabat.

Saturday, November 9, 2013

Sinking Fund - Ramai yang masih belum faham

Ramai yang masih berasa keliru dan tidak mengetahui mengapakah kita membayar Kumpulan Wang Pelepas atau dikenali sebagai “Sinking Fund” untuk pangsapuri sedangkan dalam masa yang sama kita juga membayar yuran penyelenggaraan..

Dalam hal ini terdapat empat persoalan yang terlintas dalam fikiran penghuni rumah bertingkat seperti ini. 
  1. Adakah Perbadanan Pengurusan (Management Corporation) mempunyai bidang kuasa di bawah undang undang untuk mengutip wang daripada pembeli rumah bertingkat?
  2. Apakah peranan kutipan wang yang diambil khas untuk sinking fund ini jika dibandingkan dengan bayaran perkhidmatan penyelenggaraan?
  3. Bolehkah perbadanan pengurusan menyalahgunakan kumpulan wang pelepas untuk pelbagai alasan?
  4. Sekiranya berlaku penyalahgunaan kumpulan wang pelepas, apakah hak kita sebagai Pembeli Rumah?

Jawapannya 

Akta 46 Hakmilik Strata 1985 dan Jadual H Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989 menjelaskan sinking fund ataupun kumpulan wang pelepas diungkapkan sebagai tabung istimewa “special fund” dan ia boleh dikutip untuk memenuhi keperluan penting bangunan.
 

Pembeli rumah tidak harus keliru dengan kedua dua pengutipan wang oleh badan pengurusan ataupun management corporation iaitu sinking fund dan juga maintenance charge kerana masing masing mempunyai fungsinya tersendiri dimana kutipan wang maintenance ataupun penyelenggaraan digunakan untuk perkhidmatan penyelenggaraan bangunan ataupun apartment sendiri misalnya untuk kerja-kerja pembersihan, dan untuk menyelenggara surau, dewan serbaguna, pengurusan dan sebagainya.
 

Sebaliknya sinking fund pula digunakan sebagai wang kecemasan /reserve fund dimana wang tersebut digunakan khas untuk membaiki kerosakan utiliti dan penggantian baru di apartment, selain itu sinking fund juga digunakan untuk mengecat keseluruhan bangunan beberapa tahun sekali untuk mengekalkan kualiti bangunan.

Pembeli rumah bertingkat secara peringkatnya, hendaklah pada tarikh mengambil pemilikan kosong “vacant position” mencarum kepada kumpulan wang penjelas dengan sepuluh peratus (10) daripada bayaran perkhidmatan. Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan pendahuluan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Penjelas mulai tarikh pemilikan kosong dan selepas itu caruman yang sedemikian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu.

Mengikut Akta Strata 1985 dan Jadual H Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989 hanya membenarkan beberapa perkara terhad untuk Badan Pengurusan menggunakan wang sinking fund ini adalah demi kepentingan pencarum dan agar penggunaan wang yang adil dapat dijamin.

Namun apa yang membimbangkan Pembeli rumah bertingkat adalah penyalahgunaan kutipan tersebut, setelah meneliti undang-undang berkenaan adalah didapati terdapat beberapa kekurangan misalnya kekurangan panduan dalam isu cara pengumpulan dan penggunaan standard dan tidak dijelaskan dengan lebih terperinci lagi penggunaanya dan hadnya. Selain itu tidak juga dijelaskan dengan baik bagaimana wang itu harus di urus dengan transparensi yang lebih baik atau tanggungjawab badan Pengurusan untuk memberi penjelasan teliti akaun.

Walaubagaimanapun pembeli ataupun konsumer secara umumnya harus diberi pengadilan yang lebih baik dengan memberi lebih tanggungjawab kepada badan pengurusan untuk menjadi lebih akauntabiliti dan untuk mencapai motif pengumpulan sinking fund yang lebih mantap dan objektif.

Klausa 20 Jadual H mengatakan bahawa pemaju seharusnya menyimpan kutipan wang penjelas sebagai amanah sehinggalah badan Pengurusan ditubuhkan. Pemaju atau ejennya seharusnya memberikan audit tahunan kepada semua pembeli untuk menjelaskan berapa jumlah wang yang yang disimpan dan digunakan untuk keperluan bangunan.

Dengan ini kami pihak NCCC berharap Pembeli atau konsumer menjadi lebih peka dan bijak dalam masalah sinking fund dan perumahan bertingkat. Kami menerima banyak panggilan daripada Pembeli dan penghuni rumah beringkat untuk mendapat nasihat mengenai masah Perbadanan Pengurusan mereka yang menyalahgunakan wang sinking fund mereka, untuk pengetahuan ramai ini adalah salah disisi undang undang kerana sinking fund mempunyai matlamat tertentu dan didefinasikan oleh undang-undang mengenai pengunaannya.

Sekiranya terdapat penyalahgunaan wang sinking fund ajukan aduan kepada NCCC dan Kementerian Perumahan untuk tindakan lanjut ini adalah kerana penyalahgunaan wang tersebut adalah pecah amanah dan salah disisi undang undang.

Ms. Matheevani Marathandan
Legal Executive/ Complaint Handling Manager
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional
National Consumer Complaints Centre

Pelekat Kenderaan Astana Alam 3

Kepada penyewa atau pemilik petak yang belum mendapatkan pelekat kenderaan ..sila dapatkan di pondok pengawal keselamatan hanya rm5/keping...jangan lupa isi borang sekali..


                    PEMILIK PETAK                    PENYEWA

Minta Perhatian.!!!

Anda dikehendaki menulis No Plat Kenderaan dan No Unit Rumah dalam kotak yang disediakan..
Mohon anda lebih perihatin..

Sunday, November 3, 2013

EGM ASTANA ALAM 3 - 3 NOV 2013

Kaunter pendaftaran...Pada yang layak bersuara jgn lupa dapatkan no anda...

Bacaan doa pembukaan oleh En. Hj Munir 

Wakil COB ..En. Hj Fathir Bin Baharuddin

Antara wakil pemilik petak yang hadir..

Pengerusi dan Setiausaha sementara sebelum terlantik nya 3 Jawatan teratas


Jamuan makan tengahari untuk vip-vip..

                                                              Selamat Menjamu selera...