Saturday, February 26, 2011

KERJA-KERJA MENCUCI TANGKI SEBELUM PENGUBAHSUAIAN PAIP AIR






Bagi pihak JMB, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
penduduk yang telah bersabar dengan kerja-kerja pembersihan Tangki Air.
Alhamdulillah, kini kesemua tangki (36 kesemuanya) telah berjaya
dibersihkan. Disamping itu beberapa pembaikan seperti kebocoran dan
masalah pelampung pada tangki juga kita telah perbaiki setakat
termampu. Bagaimanapun masih terdapat beberapa masalah yang kita
tangani secara sementara dan mungkin perlu dibaiki dalam masa terdekat
bagi menjamin keselesaan kepada semua. Seperti sedia maklum kebiasaan selepas cuci tangki penghuni akan menghadapi masalah tekanan air rendah, mungkih terdapat sampah atau keladak yang terkumpul pada salutan paip atau meter. Penduduk boleh datang ke pejabat untuk membuat aduan dan pihak kami akan membantu dengan servise meter. Sebarang masalah dan kesukaran amat kami kesali.

Sekali lagi, terima kasih kepada semua.

No comments:

Post a Comment