Wednesday, September 21, 2011

JAWAPAN DARI JABATAN PERHILITAN

NO.RUJ : 2662

20.09.2011 Berbincang dengan Pn.Aniza Bt. Deraman,Operasi menghapuskan kera akan dijalankan dikawasan ini, sabelum meletakan Perangkap Kandang Primat.

GANGGUAN MONYET LIAR DAN BIAWAK

Rujukan : JMBAA3/LATTER/057/2011

Tarikh : 19 Sept 2011

Ketua Perhilitan Daerah

Cawangan Sabak Bernam

Pejabat Perhilitan

Jalan Bagan

45300 Sabak Bernam

Tuan,

MASALAH MONYET LIAR DAN BIAWAK DI KAWASAN ASTANA ALAM 3, BANDAR PUNCAK ALAM

___________________________________________________________________________

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

Kami pihak JMB Astana Alam 3 ingin membuat aduan berkenaan masalah monyet liar dan biawak yang berkeliaran terutama pada waktu pagi. Monyet-monyet ini mengeledah sampah sarap di kawasan pembuangan sampah menyebabkan rasa kurang selesa penduduk di kawasan Astana Alam 3. Masalah ini juga menjadi kebimbangan ibu bapa terhadap anak-anak apabila monyet-monyet ini mula memanjat ke atas apartmen.

Untuk pengetahuan isu ini telah di[anjangkan kepada Jabatan Perhilitan pada 13 Julai 2010 no aduan 0029/07/10 – (1) dan tindakan segera yang diambil oleh Jabatan Perhilitan dapat dilihat. Tetapi amat menyedihkan bila keadaan ini berulang kembali setelah Pihak Perhilitan mengambil semula sangkar yang dibekalkan.

Kami berharap dengan aduan ini dapat membantu masalah kami dengan kadar segera.

Segala jasa baik dan keperihatinan pihak tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian,

Yang benar,

JMB ASTANA ALAM 3

________________________

EN. MD SHAH BIN ISMAIL

Setiausaha JMB Astana Alam3

WAJIB TUKAR KE METER INDIVIDU

Menteri Besar Selangor hari ini di dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) mewajibkan setiap pembangunan perumahan bertingkat yang belum mempunyai meter individu menukar ke meter individu.

Para pemaju, ejen pengurusan, MC dan JMB mesti berbincang dengan Syabas untuk pertukaran atau migrasi ini.

Sebelum ini Syabas hanya membenarkan migrasi jika 100 peratus pemilik bersetuju dan sebarang tunggakan kepada Syabas diselesaikan.

Sekarang Syabas dan pemaju mestilah menyelesaikan sebarang isu-isu yang boleh menghalang migrasi ini. Mana-mana pemaju yang enggan akan disenarai hitam oleh Kerajaan Negeri.

Migrasi akan memberi manfaat kepada penduduk. Dengan meter individu, mereka boleh mendapat 20 meter padu air percuma yang ditawarkan melalui program negeri berkebajikan Pakatan Rakyat.

Potongan bekalan air juga tidak akan melibatkan mereka yang membayar bil-bil mereka kerana potongan akan dibuat hanya pada meter-meter mereka yang gagal membayar bukan di meter pukal.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan
3 Julai 2009

PROSES MIGRASI DIMUDAHKAN

Satu persetujuan telah dicapai bersama Syabas berkenaan hutang-hutang penduduk rumah bertingkat seperti pangsapuri dan kondominium.

Sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor telah mewajibkan migrasi dari meter pukal kepada meter individu. Tetapi hutang yang tertunggak pada akaun meter pukal merumitkan proses migrasi.

Walau bagaimanapun setelah perbincangan diadakan bersama Syabas, hutang tertunggak pada akaun meter pukal ini akan dipindahkan kepada akaun individu penduduk.

Contohnya jika sebuah blok pangsapuri berhutang RM50,000 pada akaun meter pukal maka migrasi tidak dapat dilakukan sehingga hutang ini dibayar. Tetapi dengan polisi baru ini, migrasi masih boleh dilakukan dengan memindahkan hutang ini kepada setiap unit di dalam blok tersebut. Walau bagaimanapun, pemaju, JMB atau MC mesti mempunyai rekod hutang-hutang bagi setiap unit. Mungkin ada unit yang berhutang RM100, mungkin ada yang RM1,000 dan mungkin ada yang tidak berhutang langsung.

Setelah hutang-hutang itu dipindahkan kepada penduduk maka proses migrasi boleh dilakukan. Dengan meter individu, penduduk boleh menikmati air percuma untuk 20 meter padu pertama yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Bagaimana pula dengan penduduk yang enggan membuka akaun individu dengan Syabas?

Perkara ini selalunya menimbulkan masalah kerana Syabas memerlukan persetujuan 100 peratus (consent) sebelum migrasi dapat dilakukan. Ini selalu berlaku bagi unit yang disewakan atau mereka yang enggan membayar hutang kepada Syabas.

Penyelesaiannya adalah dengan membenarkan JMB atau MC membuka akaun bagi pihak unit-unit yang enggan itu. Dengan itu, setiap unit mempunyai akaun meter individu sama ada di atas nama pemilik atau JMB atau MC.

Apa akan jadi jika penghuni unit-unit di bawah JMB atau MC enggan membayar bil air mereka kepada JMB atau MC?

Adakah JMB atau MC akan membayar kepada Syabas untuk mereka?

Mungkin tidak. Maka ini bermakna bekalan air ke unit mereka akan dipotong oleh Syabas.

Kalau sebelum migrasi jika ada penduduk yang tidak membayar bil mereka, bekalan air kepada seluruh blok akan dipotong. Tetapi dengan migrasi, hanya mereka yang enggan membayar akan dipotong bekalan air.

Penyelesaian yang diusahakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor ini lebih adil dan berupaya menyelsaikan masalah yang telah membelengu penduduk sejak bertahun-tahun.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
8 November 2009

http://iskandar56100.blogspot.com/

GARIS PANDUAN PENYIDAIAN KAIN DI KEDIAMAN BERBILANG TINGKAT

Dibawah adalah link untuk mendapatkan buku garis panduan tersebut. Semoga ia memberi informasi terkini tentang peraturan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Sesetengah penduduk merasakan aturan tersebut adalah keputusan pihak pengurusan bangunan, namun sebenarnya tidak. Moga dapat memberi panduan kepada semua pemilik rumah atau penghuni. Beberapa perkara yang dinyatakan didalam buku panduan ini, Insyaalah akan dibincangkan di mesyuarat AJK JMB yang akan datang. Maka sebelum perbincangan itu dilaksanakan, diharap dapat memberi respon yang sebaiknya.

Tuesday, September 13, 2011

JAWAPAN KEDUA MELALUI EMAIL PIHAK SYABAS

Salam Sejahtera,

Merujuk kepada e-mel yang kami terima pada 8/9/2011 dari pihak tuan.

Untuk makluman, permohonan migrasi untuk Astana Alam 3 telah siap disemak dah di sahkan lengkap pada bulan Ogos 2011. Proses seterusnya adalah membaca meter ditapak untuk mendapatkan nombor meter sebenar dan bacaan supaya boleh dimasukkan ke dalam sistem untuk proses pengebilan kemudiannya.


Adalah dijangkakan akaun-akaun individu akan mula diaktifkan minggu depan dan bacaan meter dan bil dijangka akan dikeluarkan pada hujung bulan ini (penghujung Sept 2011).

Terima kasih dan sila hubungi PUSPEL di talian bebas tol 1 800 88 5252 sekiranya tuan/puan memerlukan bantuan berhubung perkhidmatan air. Secara alternatif, tuan/puan boleh mengajukan sebarang pertanyaan/pendapat/aduan serta mendapatkan maklumat-maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air dengan mengikuti kami di laman web twitter iaitu www.twitter.com/puspel atau facebook dengan menaip "puspel" atau "puspel syabas".

Terima Kasih.

KHALIJAH MOHAMAD

PUSPEL

SYABAS


>>> WebMaster SYABAS 9/8/2011 2:33 PM >>>
Salam,
Untuk perhatian.
TQ
Syabas Webmaster
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS)
Fax: 03- 2088 5557
E-mail: webmaster@syabas.com.my
Website : www.syabas.com.my

JAWAPAN PERTAMA PIHAK SYABAS TENTANG MIGRASI

Salam Sejahtera,

Merujuk kepada e-mel yang kami terima dari pihak tuan.

Setelah disemak dengan pihak Syabas Kuala Selangor, dimaklumkan status permohonan migrasi untuk Pangsapuri Astana Alam 3 masih dalam proses lagi. Walaubagaimanapun, pihak kami sedang dalam proses mendapatkan maklumbalas lanjut berkenaan status permohonan migrasi tersebut. Kami akan memaklumkan semula kepada pihak tuan setelah mendapat maklumbalas dari pegawai terbabit.

Terima kasih dan sila hubungi PUSPEL di talian bebas tol 1 800 88 5252 sekiranya tuan/puan memerlukan bantuan berhubung perkhidmatan air. Secara alternatif, tuan/puan boleh mengajukan sebarang pertanyaan/pendapat/aduan serta mendapatkan maklumat-maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air dengan mengikuti kami di laman web twitter iaitu www.twitter.com/puspel atau facebook dengan menaip "puspel" atau "puspel syabas".

Terima Kasih.

KHALIJAH MOHAMAD

PUSPEL

SYABAS



>>> WebMaster SYABAS 9/8/2011 2:33 PM >>>
Salam,
Untuk perhatian.
TQ
Syabas Webmaster
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS)
Fax: 03- 2088 5557
E-mail: webmaster@syabas.com.my
Website : www.syabas.com.my

surat kepada syabas

Syarikat Bekalan Air Selangor,
Jabatan Wilayah, Jalan Pantai Baharu,
59990 Kuala Lumpur.
(U/P : Tuan Hj Yusof Saroji)

Tuan,


PERKARA : STATUS TERKINI MENGENAI ‘ MIGRASI METER PUKAL KEPADA
METER INDIVIDU’ APARTMEN ASTANA ALAM 3

Nama Pangsapuri / Kondominium : Pangsapuri Astana Alam 3
Nombor Akaun Meter Pukal : 70 00050113013
Nama Pemegang Akaun : Puncak Alam Housing
___________________________________________________________________________

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
kami JMB Astana Alam 3 ingin meminta penjelasan pihak SYABAS tentang perkembangan terkini tentang status ‘Migrasi Meter Pukal Kepada Meter Individu’. Pihak kami telah beberapa kali menghubungi pihak SYABAS namun tiada sebarang perkembangan terkini. Ingin dimaklumkan bahawa pihak JMB Astana Alam 3 telah menghantar semua borang permohonan dan dokumen yang diperlukan oleh pihak SYABAS bagi tindakan selanjutnya.

2. Pihak kami memohon agar pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya mempercepatkan proses pertukaran meter pukal kepada meter individu bagi membolehkan penduduk Astana Alam 3 menikmati menfaat pemberian 20 meter padu air percuma mengikut Skim Merakyatkan ekonomi Selangor.

3. Sehubungan dengan itu, kami menaruh harapan yang tinggi agar pihak Syabas dapat memberi kerjasama dalam menjayakan Migrasi Meter Pukal kepada Meter Individu.
Sekian,

Yang benar,

JMB ASTANA ALAM 3

PENGUATKUASAAN PELEKAT KENDERAAN

MEMO

Tarikh : 13 Sept 2011

PER: MEMPAMIRKAN PELEKAT KENDERAAN ASTANA ALAM 3

Merujuk perkara diatas, adalah dimaklumkan kepada pemilik/penghuni AA3 hendaklah memastikan kenderaan Tuan/Puan mempunyai/mempamirkan pelekat kenderaan yang dikhaskan. Ini adalah bertujuan untuk rekod pejabat dan pemeriksaan keselamatan oleh Pengawal Keselamatan disamping menentukan kawalan kenderaan yang keluar/masuk dipintu utama AA3.

Sehubungan dengan itu, penduduk/penghuni yang masih belum mendaftar/mendapatkan pelekat kenderaan tersebut, boleh berbuat demikian di Pejabat Pengurusan JMB AA3 atau Pondok Pengawal Keselamatan sebelum 21 Sept 2011. Selepas tempoh tersebut tamat, sebarang kenderaan tanpa pelekat tidak dibenarkan masuk ke kawasan Apartment ini. Penguatkuasaan pelekat kenderaan akan dilaksanakan sepenuhnya pada 21 Sept 2011.

Pelekat kenderaan boleh didapati pada harga RM3.00/keping. Kerjasama dari Tuan/Puan bagi memudahkan sebarang urusan keluar /masuk ke Apartment Astana Alam 3 amatlah dihargai.

Sekian. Terima kasih.

Yang Benar,

JMB ASTANA ALAM 3.

Tuesday, September 6, 2011

PROGRAM MIGRASI METER AIR PUKAL SYABAS KE METER INDIVIDU UNTUK KEBAIKAN SEMUA PIHAK

PROGRAM MIGRASI METER AIR PUKAL SYABAS KE METER INDIVIDU UNTUK KEBAIKAN SEMUA PIHAK
PROGRAM MIGRASI METER AIR PUKAL SYABAS KE METER INDIVIDU
UNTUK KEBAIKAN SEMUA PIHAK

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin menjelaskan lebih lanjut berhubung dengan isu migrasi atau proses penukaran meter air pukal kepada meter individu di kebanyakan kediaman bertingkat sebagai maklumbalas kepada berita-berita tentang migrasi yang disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan bagi mengelak sebarang kekeliruan.

Untuk makluman, program migrasi meter pukal ke meter individu merupakan inisiatif SYABAS bagi membantu golongan pengguna di kediaman bertingkat yang berhadapan dengan pelbagai masalah bekalan air kerana penggunaan meter pukal terutama kecuaian pemegang akaun meter pukal yang mengakibatkan bil air tertunggak dan mengakibatkan pemotongan. Selepas cadangan diluluskan oleh Kerajaan Negeri dan Pusat pada 2006, pihak SYABAS turut membantu pihak Jabatan Kawalselia Air Selangor (”JKAS”), untuk menyediakan garis panduan migrasi meter pukal ke meter individu sehinggalah ia berjaya dilancarkan pada 28 Mei 2007.

Migrasi pengebilan dari akaun meter pukal ke meter individu ini adalah satu mekanisme yang dilaksanakan oleh SYABAS selepas mengambilkira rungutan serta masalah yang dihadapi sejak sekian lama oleh para pengguna yang menggunapakai sistem pengebilan secara pukal. Antara masalah utama yang sering disuarakan oleh pengguna ialah rasa tidak puashati kerana terpaksa menanggung risiko seperti bekalan air dipotong kerana pihak pengurusan pangsapuri/kondominium/bangunan tersebut gagal menjelaskan bayaran bil air kepada SYABAS walaupun pengguna terbabit telah membuat pembayaran bil air mereka masing-masing.

Semenjak migrasi diperkenalkan pada 2006, pihak SYABAS telah mempromosikan program ini ke hampir ke seluruh pemegang akaun meter pukal, yang setakat ini terdapat 2387 akaun kesemuanya. Namun demikian, dalam tempoh dua (2) tahun selepas ianya dilancarkan daripada jumlah itu hanya 659 permohonan sahaja diterima SYABAS dan daripada jumlah pemohonan tersebut, sebanyak 159 pemohonan telah diluluskan.

Fakta ini menunjukkan bahawa hanya 28% sahaja yang membuat pemohonan dan selebihnya seolah-olah tidak berminat untuk berhijrah walaupun SYABAS telah berkali-kali membuat penjelasan bahawa program migrasi daripada meter pukal ke meter individu adalah lebih banyak memberikan kebaikan kepada pengguna.

Dalam usaha SYABAS memperkenalkan migrasi dan bersungguh-sungguh memastikan lebih ramai berhijrah ke meter individu ini dapat dilaksanakan, kenyataan yang menyebut bahawa SYABAS lewat membuat program ini dan lewat memberi kelulusan adalah tidak adil dan tidak tepat.

Seperti yang kita sedia maklum, setiap program yang dilaksanakan memerlukan syarat dan prosidur bagi memastikan sesuatu proses tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan. Dalam hal ini proses migrasi juga mempunyai syarat dan prosidur tertentu mengikut garispanduan seperti yang telah dipersetujui oleh pihak JKAS dan Kerajaan Negeri Selangor yang dikuatkuasakan pada Mei 2007 lalu.

Justeru, mana-mana pemohonan yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan sudah pasti mengambil sedikit masa untuk mendapatkan kelulusan SYABAS.

Antara syarat-syarat migrasi yang perlu dipatuhi adalah :

1. Permohonan perlulah dibuat oleh penghuni dengan persetujuan daripada pemegang akaun meter pukal sedia ada iaitu pihak pengurusan bangunan. Persetujuan daripada pihak pengurusan bangunan adalah diperlukan kerana tanggungjawab untuk menyelenggara sistem paip dalaman seperti sistem pam di bangunan dan penyelenggaraan kawasan umum seperti kolam renang dan sebagainya adalah di bawah pihak pengurusan bangunan. Banyak kes yang berlaku kegagalan migrasi adalah kerana keengganan pihak pengurusan bangunan memberikan kerjasama dan tidak bersetuju migrasi dilaksanakan kerana adanya migrasi, pemegang akaun meter pukal tidak boleh menggunakannya untuk tindakan sekiranya penduduk tidak membuat pembayaran caj penyenggaraan. Dalam hal ini juga SYABAS tiada kuasa undang-undang untuk memaksa atau mewajibkan pemegang akaun meter pukal untuk migrasi.

2. Permohonan bagi pembukaan akaun bekalan meter individu mestilah diterima daripada semua pemilik-pemilik unit individu bagi sesuatu premis beserta dengan deposit-deposit. Namun demikian, SYABAS telah mengadakan perbincangan dengan banyak pihak pengurusan bangunan dan beberapa kelonggaran telah diberikan berdasarkan kepada kes-kes tertentu misalnya; Pemilik berada di luar Negara dan premis dibiarkan kosong; pemilik telah meninggal dunia dan penukaran hak milik masih dalam proses; premis masih dalam proses lelongan; premis-premis yang masih belum dijual dan yang terakhir, premis adalah kosong atau apa-apa keadaan yang boleh diterima oleh pihak SYABAS. Dalam kes ini juga pihak pengurusan bangunan perlu memberikan kerjasama dan persetujuan kerana pihak SYABAS tidak boleh membuat dua sistem perpaipan bagi mengasingkan antara pemegang meter individu dan pemegang akaun meter pukal kerana ianya melibatkan kos yang perlu ditanggung oleh penghuni.
Menyentuh mengenai syarat yang memerlukan persetujuan seratus peratus (100 %) oleh penghuni yang dikenakan, ia adalah bertujuan untuk memudahkan proses pembacaan meter dan penghantaran bil dilaksanakan kepada semua pengguna. Dengan permohonan seratus peratus (100 %), penggunaan air yang dibilkan menggunakan meter pukal juga dapat dikurangkan dan ini akan mengurangkan kesukaran bagi pemegang akaun meter pukal untuk menyelesaikan bil yang dikeluarkan oleh SYABAS.

3. Pihak pengurusan bangunan perlu memastikan bahawa sistem paip dalam apartment dan kedudukan meter adalah dalam keadaan yang membolehkan meter individu dipasang. Sekiranya sebarang modifikasi perlu dilakukan maka pihak pemohon perlu menanggung kos tersebut. Oleh itu kerjasama daripada pihak pengurusan bangunan amat diperlukan bagi tujuan ini kerana ianya melibatkan kos yang perlu ditanggung oleh penghuni.

4. Perlu diingatkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab semua syarikat pengurusan/pemilik bangunan untuk menjelaskan segala tunggakan sebelum sebarang proses migrasi dapat dilaksanakan oleh SYABAS. Mereka perlu memastikan hutang-hutang tersebut diselesaikan dan bukannya meletakkan bebanan hutang kepada para pengguna yang lain. Pihak SYABAS merasakan ianya perlu dilaksanakan kerana apabila migrasi dilaksanakan kemungkinan pihak pengurusan bangunan untuk menjelaskan tunggakan amat tipis.

SYABAS menyedari bahawa dalam proses migrasi ini terdapat banyak kekangan yang perlu ditempuhi sebelum sesuatu permohonan itu boleh diluluskan. Antaranya ialah keengganan pihak pemegang akaun meter pukal atau pihak pengurusan bangunan (MC) memberikan kerjasama dan kelulusan kepada penduduk untuk migrasi. Antaranya disebabkan mereka menggunakan bekalan air sebagai cagaran bagi memaksa penduduk membayar caj perkhidmatan yang lain. SYABAS juga amat memandang berat tentang isu migrasi ini kerana mengikut rekod, banyak pihak pengurusan bangunan yang gagal membuat pembayaran kepada SYABAS dan mengakibatkan bekalan meter pukal dipotong dan akhirnya semua penduduk termasuk yang membuat pembayaran juga terputus bekalan.

Untuk makluman, masalah yang dihadapi oleh penghuni apartment atau kondominium dengan pihak pengurusan bangunan berkaitan dengan isu air dan masalah meter pukal telah lama berlarutan. Kegagalan pihak Pengurusan bangunan menjelaskan bil air kepada SYABAS telah mengakibatkan keseluruhan penghuni apartment tidak menerima bekalan air apabila bekalan air meter pukal dipotong. Ini menyebabkan ketidakadilan berlaku kepada penghuni yang tidak pernah gagal membayar bil air mereka kepada pihak pengurusan bangunan.

Justeru, SYABAS juga berharap agar pihak Kerajaan menyemak semula Akta Perumahan Dan Kerajaan Tempatan agar menjadikan migrasi ini wajib ke atas semua kediaman bertingkat untuk memberikan keadilan kepada penduduk. Dalam hal ini SYABAS tiada hak dan kuasa untuk memaksa pihak MC untuk berpindah daripada meter pukal ke meter individu walaupun ianya adalah untuk kebaikan para pengguna. Dalam konteks ini, selain daripada peranan pihak Kerajaan, para penghuni rumah bertingkat yang mahu memohon migrasi ke meter individu perlulah mendapatkan persepakatan dengan pihak pengurusan bangunan agar memudahkan proses migrasi dilaksanakan.

SYABAS yakin migrasi yang dilaksanakan lanjutan dari penyelarasan kadar baru tarif air yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri dan berkuatkuasa sejak 1 November 2006 lalu, memberi kebaikan kepada semua pengguna air yang tinggal di kediaman jenis kondominium, pangsapuri dan rumah pangsa berbanding dengan pengebilan secara meter pukal kerana bil individu memberi lebih kesaksamaan kepada semua pengguna terlibat dari semua aspek sama ada tarif mahupun keadilan.