Salam Sejahtera,
Merujuk kepada e-mel yang kami terima dari pihak Puan.
Untuk makluman, setiap individu yang menerima bil air yang tinggi dan tidak munasabah dinasihatkan menghubungi PUSPEL di talian hotline
1-800-88-5252 untuk merekodkan aduan bil tinggi. Siasatan lanjut akan dijalankan setelah menerima aduan dari individu/pemilik premis tersebut.
Sila nyatakan nama penuh, nombor telefon dan nombor akaun air SYABAS (13 digit) semasa merekodkan aduan tersebut.
Dalam masa yang sama kami nasihatkan agar semua individu tersebut memeriksa sistem paip dalaman termasuk tangki air kerana bimbang berlakunya kebocoran selepas meter dan menyebabkan bil air semakin tinggi.
Terima kasih dan sila hubungi PUSPEL di talian bebas tol
1 800 88 5252 sekiranya tuan/puan memerlukan bantuan berhubung perkhidmatan air. Secara alternatif, tuan/puan boleh mengajukan sebarang pertanyaan/pendapat/aduan serta mendapatkan maklumat-maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air dengan mengikuti kami di laman web twitter iaitu
www.twitter.com/puspel atau facebook dengan menaip "puspel" atau "puspel syabas".
Yang benar,
HIZURITA BINTI ZAKARIA
PUSPEL
SYABAS