Wednesday, April 4, 2012

LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB APABILA MEMBELI PANGSAPURI

LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB APABILA MEMBELI PANGSAPURI


Written by Matheevani Marathandan
Tuesday, 05 April 2011 12:20
Pangsapuri merupakan suatu unit rumah yang lebih murah dan mampu dimiliki berbanding rumah teres dan yang bertanah. Namun sebagai seorang pengguna yang bijak dan pembeli rumah, anda perlu berfikir dan sedia untuk mengambil beberapa risiko serta komitmen sepanjang hayat.

Kebanyakan pembeli rumah tidak bersedia mengambil tanggungjawab sebagai pembeli rumah. Umpamanya sebagai pembeli rumah pangsapuri, setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk membayar yuran penyelengaraan.

Tetapi ramai mempersoalkan tanggungjawab dan tidak mahu membayar dengan pelbagai sebab. Namun sikap ini akan mengundang kesan buruk kepada mereka kelak.

Masalah-masalah yang bakal wujud adalah seperti kerosakan lift tidak dibaiki, kawasan persekitaran yang tidak dibersihkan, bangunan tidak dapat dicat, paip umum yang bocor tidak dapat dibaiki, masalah pemotongan air dan elektrik kepada semua orang yang mendiami blok berkenaan.

Adakah anda ingin hidup dalam keadaan kesusahan seperti ini sekiranya anda tidak membayar yuran penyelenggaraan. Anda juga tidak akan terlepas kerana anda boleh didakwa di mahkamah. Sudah tentu ini akan memberi kesan yang tidak diingini Pengguna yang bijak akan membuat pilihan dan keputusan bijak serta laksanakan tanggungjawab mereka. Oleh itu laksanakan tanggungjawab anda sebagai pemilik atau jangan mengambil risiko dengan membeli rumah pangsapuri.

Namun sekiranya badan pengurusan pula tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka adukan kepada Pesuruhjaya Bangunan, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan untuk tindakan.

Matheevani Marathandan
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

No comments:

Post a Comment