INFORMASI MENGENAI CUKAI NEGERI
CUKAI TANAH
|
CUKAI TAKSIRAN / CUKAI PINTU
|
Apa itu Cukai Tanah?
|
Apa itu Cukai Taksiran/Cukai Pintu
|
Ditafsirkan sebagai Cukaisewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1995 sebagai :
| Cukai Taksiran/Cukai Pintu dikuatkuasakan mengikut peruntukan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Ia adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di Kawasan Majlis dalam Negeri Selangor meliputi harta-harta berikut :
|
Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Tanah?
|
Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
|
Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Setiap Pemilik Berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah. "Cukaisewa yang kena dibayar mengenai mana-mana tanah berimilik hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak tuanpunya..." Selepas perjanjian jual-beli ("Sales and Purchase Agreement") telah meterai oleh kedua-dua pihak penjual (atau pemaju tanah/perumahan) dan pembeli, urusan membayar Cukai Tanah adalah menjadi tanggungjawab pembeli. | Seksyen 146, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171): "Semua kadar (Cukai Taksiran/Cukai Pintu) hendaklah dibayar oleh orang yang mana adalah pemunya pegangan pada masa itu.." Semua pemilik berdaftar bagi premis kediaman, perniagaan, perindustrian dan tanah kosong adalah tertakluk kepada Akta di atas. Seksyen 155 akta yang sama menerangkan bahawa sekiranya penyewa sesuatu premis terpaksa membayar cukai taksiran bagi pihak pemilik berdaftar pegangan maka penyewa tersebut boleh memotong daripada bayaran sewanya selepas saja daripada itu berapa saja amaun yang telah dibayar. |
Bila Anda Sepatutnya Membayar Cukai Tanah?
|
Bila Anda Sepatutnya Membayar Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
|
Sekali Setahun Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun | 2 kali setahun pada :
|
Mengapa Anda Perlu Membayar Cukai Tanah?
|
Mengapa Anda Perlu Membayar Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
|
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Hasil Tanah. | Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik harta (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai harta kepada Pihak Berkuasa Tempatan, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Taksiran. |
Implikasi Jika GAGAL Menjelaskan Cukai Tanah?
|
Implikasi Jika GAGAL Menjelaskan Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
|
Seksyen 100 Kanun Tanah Negara : Tanah anda akan DIRAMPAS | Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 : Harta anda akan DISITA |
Peringatan
1) Setiap pemilik tanah dan harta (atau wakil pihaknya) hendaklah memaklumkan tentang maklumat terkini masing-masing di Pejabat Tanah/Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan rekod dan semakan.
2) Pemilik yang tidak menerima Bil Hasil Tanah/Bil Taksiran daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) pada awal setiap tahun boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Tanah/Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berhampiran.
No comments:
Post a Comment