****CINTAILAH APARTMENT KITA**** Peribadi bersih adalah lambang hati yang suci. Justeru, jika kita mampu membina sahsiah yang jauh daripada sifat mazmumah, sudah tentu kita mempunyai hati yang suci daripada bintik hitam mengotorkan. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung kepayahan, tetapi Dia berkehendak membersihkan kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. - Surah al-Maidah, Ayat 6
Wednesday, September 21, 2011
JAWAPAN DARI JABATAN PERHILITAN
GANGGUAN MONYET LIAR DAN BIAWAK
Rujukan : JMBAA3/LATTER/057/2011
Tarikh : 19 Sept 2011
Ketua Perhilitan Daerah
Cawangan Sabak Bernam
Pejabat Perhilitan
Jalan Bagan
45300 Sabak Bernam
Tuan,
MASALAH MONYET LIAR DAN BIAWAK DI KAWASAN ASTANA ALAM 3, BANDAR PUNCAK ALAM
___________________________________________________________________________
Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
Kami pihak JMB Astana Alam 3 ingin membuat aduan berkenaan masalah monyet liar dan biawak yang berkeliaran terutama pada waktu pagi. Monyet-monyet ini mengeledah sampah sarap di kawasan pembuangan sampah menyebabkan rasa kurang selesa penduduk di kawasan Astana Alam 3. Masalah ini juga menjadi kebimbangan ibu bapa terhadap anak-anak apabila monyet-monyet ini mula memanjat ke atas apartmen.
Untuk pengetahuan isu ini telah di[anjangkan kepada Jabatan Perhilitan pada 13 Julai 2010 no aduan 0029/07/10 – (1) dan tindakan segera yang diambil oleh Jabatan Perhilitan dapat dilihat. Tetapi amat menyedihkan bila keadaan ini berulang kembali setelah Pihak Perhilitan mengambil semula sangkar yang dibekalkan.
Kami berharap dengan aduan ini dapat membantu masalah kami dengan kadar segera.
Segala jasa baik dan keperihatinan pihak tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian,
Yang benar,
JMB ASTANA ALAM 3
________________________
EN. MD SHAH BIN ISMAIL
Setiausaha JMB Astana Alam3
WAJIB TUKAR KE METER INDIVIDU
Menteri Besar Selangor hari ini di dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) mewajibkan setiap pembangunan perumahan bertingkat yang belum mempunyai meter individu menukar ke meter individu.
Para pemaju, ejen pengurusan, MC dan JMB mesti berbincang dengan Syabas untuk pertukaran atau migrasi ini.
Sebelum ini Syabas hanya membenarkan migrasi jika 100 peratus pemilik bersetuju dan sebarang tunggakan kepada Syabas diselesaikan.
Sekarang Syabas dan pemaju mestilah menyelesaikan sebarang isu-isu yang boleh menghalang migrasi ini. Mana-mana pemaju yang enggan akan disenarai hitam oleh Kerajaan Negeri.
Migrasi akan memberi manfaat kepada penduduk. Dengan meter individu, mereka boleh mendapat 20 meter padu air percuma yang ditawarkan melalui program negeri berkebajikan Pakatan Rakyat.
Potongan bekalan air juga tidak akan melibatkan mereka yang membayar bil-bil mereka kerana potongan akan dibuat hanya pada meter-meter mereka yang gagal membayar bukan di meter pukal.
Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan
3 Julai 2009
PROSES MIGRASI DIMUDAHKAN
Sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor telah mewajibkan migrasi dari meter pukal kepada meter individu. Tetapi hutang yang tertunggak pada akaun meter pukal merumitkan proses migrasi.
Walau bagaimanapun setelah perbincangan diadakan bersama Syabas, hutang tertunggak pada akaun meter pukal ini akan dipindahkan kepada akaun individu penduduk.
Contohnya jika sebuah blok pangsapuri berhutang RM50,000 pada akaun meter pukal maka migrasi tidak dapat dilakukan sehingga hutang ini dibayar. Tetapi dengan polisi baru ini, migrasi masih boleh dilakukan dengan memindahkan hutang ini kepada setiap unit di dalam blok tersebut. Walau bagaimanapun, pemaju, JMB atau MC mesti mempunyai rekod hutang-hutang bagi setiap unit. Mungkin ada unit yang berhutang RM100, mungkin ada yang RM1,000 dan mungkin ada yang tidak berhutang langsung.
Setelah hutang-hutang itu dipindahkan kepada penduduk maka proses migrasi boleh dilakukan. Dengan meter individu, penduduk boleh menikmati air percuma untuk 20 meter padu pertama yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Bagaimana pula dengan penduduk yang enggan membuka akaun individu dengan Syabas?
Perkara ini selalunya menimbulkan masalah kerana Syabas memerlukan persetujuan 100 peratus (consent) sebelum migrasi dapat dilakukan. Ini selalu berlaku bagi unit yang disewakan atau mereka yang enggan membayar hutang kepada Syabas.
Penyelesaiannya adalah dengan membenarkan JMB atau MC membuka akaun bagi pihak unit-unit yang enggan itu. Dengan itu, setiap unit mempunyai akaun meter individu sama ada di atas nama pemilik atau JMB atau MC.
Apa akan jadi jika penghuni unit-unit di bawah JMB atau MC enggan membayar bil air mereka kepada JMB atau MC?
Adakah JMB atau MC akan membayar kepada Syabas untuk mereka?
Mungkin tidak. Maka ini bermakna bekalan air ke unit mereka akan dipotong oleh Syabas.
Kalau sebelum migrasi jika ada penduduk yang tidak membayar bil mereka, bekalan air kepada seluruh blok akan dipotong. Tetapi dengan migrasi, hanya mereka yang enggan membayar akan dipotong bekalan air.
Penyelesaian yang diusahakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor ini lebih adil dan berupaya menyelsaikan masalah yang telah membelengu penduduk sejak bertahun-tahun.
Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
8 November 2009
GARIS PANDUAN PENYIDAIAN KAIN DI KEDIAMAN BERBILANG TINGKAT
Tuesday, September 13, 2011
JAWAPAN KEDUA MELALUI EMAIL PIHAK SYABAS
Salam Sejahtera,
Merujuk kepada e-mel yang kami terima pada 8/9/2011 dari pihak tuan.
Untuk makluman, permohonan migrasi untuk Astana Alam 3 telah siap disemak dah di sahkan lengkap pada bulan Ogos 2011. Proses seterusnya adalah membaca meter ditapak untuk mendapatkan nombor meter sebenar dan bacaan supaya boleh dimasukkan ke dalam sistem untuk proses pengebilan kemudiannya.
Adalah dijangkakan akaun-akaun individu akan mula diaktifkan minggu depan dan bacaan meter dan bil dijangka akan dikeluarkan pada hujung bulan ini (penghujung Sept 2011).
Terima kasih dan sila hubungi PUSPEL di talian bebas tol 1 800 88 5252 sekiranya tuan/puan memerlukan bantuan berhubung perkhidmatan air. Secara alternatif, tuan/puan boleh mengajukan sebarang pertanyaan/pendapat/aduan serta mendapatkan maklumat-maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air dengan mengikuti kami di laman web twitter iaitu www.twitter.com/puspel atau facebook dengan menaip "puspel" atau "puspel syabas".
Terima Kasih.
KHALIJAH MOHAMAD
PUSPEL
SYABAS
>>> WebMaster SYABAS 9/8/2011 2:33 PM >>>
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS)
Fax: 03- 2088 5557
E-mail: webmaster@syabas.com.my
Website : www.syabas.com.my
JAWAPAN PERTAMA PIHAK SYABAS TENTANG MIGRASI
Salam Sejahtera,
Merujuk kepada e-mel yang kami terima dari pihak tuan.
Setelah disemak dengan pihak Syabas Kuala Selangor, dimaklumkan status permohonan migrasi untuk Pangsapuri Astana Alam 3 masih dalam proses lagi. Walaubagaimanapun, pihak kami sedang dalam proses mendapatkan maklumbalas lanjut berkenaan status permohonan migrasi tersebut. Kami akan memaklumkan semula kepada pihak tuan setelah mendapat maklumbalas dari pegawai terbabit.
Terima kasih dan sila hubungi PUSPEL di talian bebas tol 1 800 88 5252 sekiranya tuan/puan memerlukan bantuan berhubung perkhidmatan air. Secara alternatif, tuan/puan boleh mengajukan sebarang pertanyaan/pendapat/aduan serta mendapatkan maklumat-maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air dengan mengikuti kami di laman web twitter iaitu www.twitter.com/puspel atau facebook dengan menaip "puspel" atau "puspel syabas".
Terima Kasih.
KHALIJAH MOHAMAD
PUSPEL
SYABAS
>>> WebMaster SYABAS 9/8/2011 2:33 PM >>>
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS)
Fax: 03- 2088 5557
E-mail: webmaster@syabas.com.my
Website : www.syabas.com.my
surat kepada syabas
PENGUATKUASAAN PELEKAT KENDERAAN
MEMO
Tarikh : 13 Sept 2011
PER: MEMPAMIRKAN PELEKAT KENDERAAN ASTANA ALAM 3
Merujuk perkara diatas, adalah dimaklumkan kepada pemilik/penghuni AA3 hendaklah memastikan kenderaan Tuan/Puan mempunyai/mempamirkan pelekat kenderaan yang dikhaskan. Ini adalah bertujuan untuk rekod pejabat dan pemeriksaan keselamatan oleh Pengawal Keselamatan disamping menentukan kawalan kenderaan yang keluar/masuk dipintu utama AA3.
Sehubungan dengan itu, penduduk/penghuni yang masih belum mendaftar/mendapatkan pelekat kenderaan tersebut, boleh berbuat demikian di Pejabat Pengurusan JMB AA3 atau Pondok Pengawal Keselamatan sebelum 21 Sept 2011. Selepas tempoh tersebut tamat, sebarang kenderaan tanpa pelekat tidak dibenarkan masuk ke kawasan Apartment ini. Penguatkuasaan pelekat kenderaan akan dilaksanakan sepenuhnya pada 21 Sept 2011.
Pelekat kenderaan boleh didapati pada harga RM3.00/keping. Kerjasama dari Tuan/Puan bagi memudahkan sebarang urusan keluar /masuk ke Apartment Astana Alam 3 amatlah dihargai.
Sekian. Terima kasih.
Yang Benar,
Tuesday, September 6, 2011
PROGRAM MIGRASI METER AIR PUKAL SYABAS KE METER INDIVIDU UNTUK KEBAIKAN SEMUA PIHAK
| |
|
Saturday, August 6, 2011
2nd Peringatan
BADAN PENGURUSAN BERSAMA
ASTANA ALAM 3 (J.M.B)
Permata G1-25, Jalan Astana 13/2, Astana Alam3,
Bandar Puncak Alam, 42300 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03 3393 2875 Fax : 03-3393 3051 / Email : jmbaa3@gmail.com / Blog : jmbaa3@blogspot.com
TARIKH: 28 Julai 2011
Tuan/puan yang dihormati,
PERKARA : PERINGATAN KALI KE-2 - BIL TERTUNGGAK
JUMLAH TUNGGAKAN : RM__________________ ( Bil sehingga 23 Julai 2011)
__________________________________________________________________________________
Mengikut rekod kami, pihak tuan/puan masih mempunyai bil tertunggak seperti caj penyelenggaran, insuran kebakaran, bil air, sinking fund dan cukai tanah yang masih belum dijelaskan sepenuhnya.
Tuan/ puan dengan ini dikehendaki menjelaskan bil tertunggak seperti diatas sebelum 05 Aug 2011.
Kepada pemilik/penghuni/penyewa unit-unit yang terlibat, sila berhubung dengan Badan Pengurusan Bersama Astana Alam 3 (JMBAA3) dalam tempoh yang diberikan bagi membayar tunggakan atau berbincang tentang penstrukturan pembayaran. Kegagalan tanggungjawab setiap unit untuk menjelaskan tunggakan atau sekurang-kurangnya mengurangkan tunggakan ke tahap paling munasabah unit tuan/puan akan ditampal dipapan kenyataan setiap tangga.
Kami akan mengambil tindakan mengeluarkan:
- BORANG A (Notis Untuk Membayar Tunggakan) yang akan dikeluarkan oleh C.O.B (Commissional Of Building / Suruhanjaya Bangunan).
[ Bagi unit yang telah menandatangai Aku-Janji untuk pembayaran secara ansuran tetapi masih gagal untuk mematuhinya, senarai unit anda akan dirujuk terus dengan C.O.B.]
- Memapar nama-nama pemilik petak yang gagal membayar disetiap papan kenyataan di setiap tangga JMB AA3.
Tindakan segera tuan-tuan dan puan-puan amat dituntut demi kepentingan semua penduduk lain.
Pembayaran bil boleh dibuat di Pejabat Pengurusan (JMB Astana Alam 3, Blok Permata G1-25, Jln Astana 13/2, Astana Alam 3 Bandar Puncak Alam). Bayaran juga boleh melalai Internet Banking dan juga di mana-mana ATM Maybank ke no akaun :
| Bank Maybank | No.Akaun |
| JMB ASTANA ALAM 3 | 562357503041 |
Setelah transaksi dibuat, sila kirim atau faxkan salinan bayaran tersebut beserta no. unit, no. telefon, nama dan sebagainya kepada kami ke no. fax 03-33933051 (untuk perhatian Pn Aniza/ pn.Asiah)
Waktu pembayaran : Isnin - Jumaat ( 8.30 pagi ~ 4.30 petang & Sabtu 8.30 ~ 12.00 tghr)
*Sila abaikan notis ini, sekiranya anda telah menjelaskan bil berkenaan dan terima kasih
diucapkan
Pihak Pengurusan
JMB ASTANA ALAM 3
-
Mengecat pakir dan bonggol Sejuk mata memandang kotak parking terang balik......
-
5.0 TEMPAT MELETAK KENDERAAN a) Setiap unit rumah dalam apartment diperuntukkan satu (1) unit petak letak kenderaan dan akan di lab...