MIMIT MESYUARAT AGUNG KE - 6
****CINTAILAH APARTMENT KITA**** Peribadi bersih adalah lambang hati yang suci. Justeru, jika kita mampu membina sahsiah yang jauh daripada sifat mazmumah, sudah tentu kita mempunyai hati yang suci daripada bintik hitam mengotorkan. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung kepayahan, tetapi Dia berkehendak membersihkan kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. - Surah al-Maidah, Ayat 6
Thursday, December 10, 2015
Tuesday, December 8, 2015
TEMPAT MELETAK KENDERAAN
5.0 TEMPAT MELETAK KENDERAAN
a)
Setiap
unit rumah dalam apartment diperuntukkan satu (1) unit petak letak kenderaan
dan akan di labelkan dengan nombor rumah.
b)
Penghuni
hendaklah meletakkan kenderaan mereka samada kereta, van, motosikal dan lori
satu (1) tan di tempat petak yang telah ditetapkan. Lori melebihi satu (1) tan
hendaklah di letakkan di luar kawasan apartment. Pembahagian tempat parking
kenderaan akan ditetapkan oleh pihak Pengurusan JMB Astana Alam 3 dan mengikut
konsep ‘siapa cepat dia dapat’.
c)
Penghuni
yang meletakkan kenderaan di dalam kawasan apartment ataupun ditempat letak
kenderaan adalah dibawah risiko pemilik kenderaan itu sendiri.
d)
Pihak
Pengurusan JMB tidak akan bertanggungjawab dan tidak boleh dipertanggunjawabkan
keatas sebarang kerosakan, kecurian atau kehilangan mana-mana kenderaan atau
apa-apa tuntutan yang berkaitan dengan penggunaan petak tempat letak
kenderaan kecuali yang dinyatakan dalam
skim insurans yang dilindungi.
e)
Penghuni
hendaklah menggunakan petak tempat letak kenderaan hanya untuk kengunaan
kenderaan persendirian sahaja. Hanya dibenarkan kereta, van, motosikal dan lori
persendirian satu (1) tan menggunakan tempat letak kenderaan. Kenderaan
melebihi satu (1) tan dan kenderaan pembinaan tidak dibenarkan diletak atau
menghalang kawasan tempat letak kenderaan.
f)
Sila pastikan halaju tidak melebihi 10km/j semasa berada di
dalam kawasan Astana Alam 3.
g)
Penghuni
tidak dibenarkan membina sendiri atau mengubahsuai tempat letak kenderaan atau
menambah sebarang struktur dan sebagainya
h)
Penghuni
tidak dibenarkan menggunakan petak tempat letak kenderaan sebagai tempat
simpanan barang dan sebagainya.
i)
Penghuni
tidak dibenarkan meletak kenderaan mereka dimana-mana tempat yang boleh
menganggu laluan atau hak masuk lot tempat letak kenderaan bersebelahan atau
berdekatan dengan laluan jalan.
j)
Pihak
Pengurusan JMB berhak menunda atau mengunci mana-mana kenderaan yang menghalang
atau meletak kenderaan dipetak letak kenderaan yang disediakan kepada penghuni
lain atau tempat yang bukan kawasan meletak kenderaan. Denda RM50.00 akan
dikenakan semasa penghuni / pemilik memohon pelepasan kenderaan tersebut
k)
Tetamu/Jemputan
penghuni yang ingin meletak kenderaan mereka semalaman, dibenarkan meletak
kenderaan ditempat letak kenderaan. Tetamu/Jemputan dikehendaki melaporkan
kepada pengawal keselamatan atau kepada pihak Pengurusan JMB.
l)
Pihak Pengurusan mempunyai kuasa mutlak ke atas setiap lot-lot parking,
termasuk hak untuk membuat pindaan kepada penggunaan lot-lot parking,
pengubahsuaian yang difikirkan perlu dan tindakan-tindakan lain yang tidak
menjejaskan hak setiap pemilik unit kediaman.
m)
Pelekat
kenderaan hendaklah dipamerkan di cermin hadapan kereta pada setiap masa supaya
mudah dikenalpasti. Sekiranya apartment disewakan, pelekat tersebut boleh
diserahkan dan digunakan oleh penyewa setelah surat kuasa perjanjian penyewaan
dikemukakan kepada pejabat Pengurusan JMB.
n)
Setiap
kenderaan perlu menampal pelekat kenderaan (sticker) yang mudah dilihat oleh
Pengawal Keselamatan. Harga sekeping pelekat kenderaan yang telah ditetapkan adalah
RM5.00 sekeping dan pelekat kenderaan boleh didapati di Pejabat Pengurusan atau
di pondok pengawal. Motorsikal perlu diletakkan ditempat yang bersesuaian atau
ditempat yang telah dikhaskan agar tidak menghalang pergerakan lalulintas,
menghalang ketenteraman atau menghalang dari sebarang laluan kecemasan dan
perlulah dikunci dengan selamat. Pihak Pengurusan JMB tidak akan
bertanggungjawab diatas kehilangan / kecurian.
o)
Setiap pemilik kenderaan perlu memastikan kenderaan
diletakkan dengan selamat. Pihak Pengurusan tidak akan bertanggungjawab ke atas
sebarang kecacatan, kecelakaan atau kecurian yang berlaku.
p)
Bagi
mempastikan kotak parking terus menjadi milik anda, bil yuran penyelenggaraan
harus dijelaskan tidak melebihi 2 bil (6 bulan@ RM300). Sekiranya terdapat
tunggakan 6 bulan tidak dijelaskan kotak parking milik anda akan ditarik balik.
q)
Basikal
hendaklah dikunci dan diletakkan secara teratur. Keselamatan atas tanggungjawab
sendiri.
5.1 Kenderaan
Berdaftar
a)
Penghuni
perlu memastikan kenderaan-kenderaan didaftarkan kepada Pejabat Pengurusan
untuk memastikan tiada sekatan untuk memasuki kawasan Apartment Astana Alam 3.
b)
Pihak
Pengurusan berhak mengambil tindakan sewajarnya jika terhadap
kenderaan-kenderaan yang tidak didaftarkan, termasuk menunda kenderaan tersebut
keluar dari kawasan Astana Alam 3. Caj penundaan akan dikenakan di atas
kegagalan pengguna mematuhi arahan ini.
c)
Elakkan
dari mempunyai tunggakan pada bil-bil JMB untuk mengelakkan kesulitan untuk
mendaftar kenderaan anda, dan mengakibatkan kemasukan kenderaan anda disekat.
5.2 Lot
Parking OKU
a)
Satu
(1) lot parking khas untuk pemandu kurang upaya (OKU) disediakan di setiap
blok.
b)
Warga
Astana Alam 3 yang berkelayakan diminta
mendaftar dengan Pejabat Pengurusan untuk membolehkan parking OKU ini
digunakan.
c)
Pihak
Pengurusan berhak menguruskan lot parking OKU ini untuk tujuan lain jika tiada
yang berkelayakan untuk menggunakannya. Walau bagaimanapun, jika terdapat
pemilik/penyewa yang layak untuk memohon, parking OKU akan diberikan, dan
penggunaannya diganti dengan lot parking asal pemilik semasa.
5.3 Kesalahan
Meletakkan Kenderaan
a)
Pihak Pengurusan, berhak mengambil tindakan
terhadap kenderaan-kenderaan yang melanggar peraturan-peraturan di dalam
Kaedah-Kaedah Dalaman ini.
b)
Pemilik diingatkan bahawa meletakkan kenderaan
di tempat selain yang ditetapkan adalah satu kesalahan yang besar, dan boleh
dikenakan tindakan.
c)
Kesalahan
meletakkan kenderaan di Apartment Astana Alam 3 akan mengakibatkan kenderaan
anda dikunci. Caj akan dikenakan untuk membuka kunci, dan 10% daripada itu akan
dijadikan insentif untuk Pengawal Bertugas.
d)
Alat
pengunci, notis dan lain-lain yang berkaitan adalah sebahagian dari harta
bersama. Caj maksimum akan dikenakan kepada pengguna kenderaan yang didapati
merosakkan peralatan tersebut.
e)
Kegagalan
membayar caj-caj yang dikenakan akan mengakibatkan caj-caj tersebut dimasukkan
ke dalam Bil Penyelenggaran, dan pemilik/penghuni menghadapi masalah
dikeluarkan sebagai pemilik/penghuni yang layak (Rujuk Pemilik Yang Layak).
f)
Aktiviti
membaiki dan membasuh kenderaan tidak dibenarkan di kawasan Astana Alam 3.
Walau bagaimanapun, pemilik kenderaan perlu memaklumkan kepada Pengawal
bertugas jika berlaku sebarang kecemasan untuk membaiki kenderaan.
5.4 Tatacara
Prosedur Mencekah Tayar
- Tindakan Pengadu
a)
Pengadu
dikehendaki membuat aduan di Pejabat JMB (waktu pejabat) dan di Balai Pengawal
(selepas waktu Pejabat)
b)
Pengadu
hendaklah mengisi butir-butir aduan di dalam buku Notis Cekah Tayar (perbuatan
ini akan dilakukan di lokasi kejadian)
c)
Pengadu
bersama Pengawal hendaklah melakukan pemeriksaan terhadap laporan yang dibuat. Pengawal akan membawa peralatan
mencekah tayar bersama.
d)
Setelah
mengesahkan, Pengawal akan mengunci tayar tersebut dan notis tersebut akan
ditampal pada kenderaan terbabit atau pada alat cekah tayar.
- Tindakan Pesalah
a)
Lapor
di Pejabat JMB (waktu pejabat) dan di Balai Pengawal (selepas waktu Pejabat).
b)
Setelah
pembayaran denda sebanyak RM50.00 (penalty) dijelaskan kepada Pejabat JMB
(waktu pejabat) dan di Balai Pengawal (selepas waktu Pejabat) kunci Cekah Tayar
akan dibuka. Resit pembayaran akan dikeluarkan.
- Kuasa Membuka
a)
Mana-mana
orang perseorangan atau Ahli Jawatankuasa atau 3 Jawatan Tertinggi tidak diberi
bidang kuasa untuk membuka mana-mana alat cekah tayar.
- Tindakan kepada Pesalah
a)
Sekiranya
mana-mana orang perseorangan atau pesalah didapati cuai atau sengaja atau
khianat merosakan alat pengunci tayar tersebut maka satu laporan polis akan dibuat
dan kos gantirugi akan ditanggung sepenuhnya oleh mana-mana pihak yang tidak
bertanggungjawab.
b)
Sekiranya
mana-mana orang perseorangan atau pesalah yang tidak berpuashati dan didapati
menimbulkan sebarang provokasi terhadap pengawal yang menjalankan tugas maka
satu laporan polis akan dibuat terhadapnya.
- Kerugian Kepada Pengadu
a)
Pengadu
dikehendaki menuntut gantirugi daripada Pengurusan JMB (waktu pejabat) sebanyak
RM25.00 setelah pesalah selesai membayar kadar denda yang dikenakan terhadap
dirinya.
- Peringatan Penting
a)
Mana-mana
pemilik kenderaan/ Pemilik Petak/ Penyewa/ Pelajar UITM yang tidak membuat
pendaftran petak parkir dinasihatkan supaya meletakan kenderaan masing-masing
di Petak Parkir yang tiada ditanda dengan No. Unit Rumah. Arahan ini termasuk
kepada Pemilik Kenderaan yang mempunyai kenderaan lebih dari 1 (satu) buah.
- Larangan Meletak Sebarang Objek Sementara atau Kekal
a)
Mana-mana
pemilik kenderaan/ Pemilik Petak/ Penyewa/ Pelajar UITM adalah dilarang sama
sekali meletak sebarang oblek didalam Petak Parkir samaada berbentuk semetara
atau kekal.
b)
Pihak
JMB akan merampas segala objek sekiranya mana-mana individu yang didapati gagal
mematuhi arahan ini tanpa sebarang notis dikeluarkan.
Atas Arahan
Pengurusan JMB Astana Alam 3.
PEMASANGAN PENGHAWA DINGIN DI KEDIAMAN BERTINGKAT
GARIS PANDUAN YANG DITETAPKAN DALAM KAEDAH DALAMAN
ASTANA ALAM 3
Pemilik mesti memastikan
mesin penghawa dingin yang dipasang tidak mengganggu jiran-jiran atau unit
kediaman dibawahnya serta air yang dilepaskan daripada penghawa dingin tersebut
hendaklah disalurkan/dialirkan ke longkang/saluran paip yang berdekatan dan
tidak menitis ke Iuar. Sekiranya ingkar, denda maksimum akan dikenakan sebanyak
RM200.00 dan pihak pengurusan akan mengalih saluran tersebut tanpa notis dan
tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kerugian. Segala
kos perlu ditanggung sepenuhnya oleh pemilik. Sekiranya gagal/ingkar membayar
caj kos dan caj denda tersebut, caj kos dan caj denda akan di masukkan ke dalam
akaun yuran penyenggaraan.
LARANGAN PEMELIHARAAN BINATANG
2.4 Binatang peliharaan dan ternakan
- Binatang
peliharaan, ternakan atau apa-apa haiwan lain hanya dibenarkan di dalam
kawasan unit, dengan kebenaran bertulis dari Pihak Pengurusan. Semua
haiwan haruslah berada di dalam kawasan unit dan ia tidak dibenarkan
berkeliaran di mana-mana kawasan umum. Pihak Pengurusan berhak untuk
mengambil/membuang mana-mana haiwan peliharaan, ternakan atau haiwan lain
di dalam kawasan Bangunan dan Harta Bersama, dan apa-apa kos yang terlibat
ditanggung oleh penghuni/ pemilik yang memiliki haiwan itu. Penghuni
dikehendaki mengutip dan membuang apa-apa najis yang ditinggalkan oleh
haiwan peliharaan atau ternakan mereka. Sekiranya mereka gagal berbuat
demikian, Pihak Pengurusan akan mengenakan denda.
2.5 Memberi makan binatang peliharaan, haiwan berkeliaran, ternakan
dan
burung-burung.
- Penghuni
tidak dibenarkan memberi makan pada mana-mana haiwan peliharaan, haiwan
berkeliaran atau burung-burung di kawasan umum.
GARIS PANDUAN PENYIDAIAN KAIN
Keterangan:
GARIS PANDUAN PENYIDAIAN KAIN DI KEDIAMAN BERBILANG TINGKAT
TUJUAN
Pekeliling ini bertujuan memberi penjelasan serta panduan kepada Pihak
Berkuasa Negeri(PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pesuruhjaya
Bangunan (COB) mengenai pelaksanaan Garis Panduan Penyidaian Kain
Di Kediaman Berbilang Tingkat seperti di Lampiran.
LATAR BELAKANG
2. Amalan masyarakat di bangunan kediaman berbilang tingkat yang menyidai
kain secara tidak teratur di bahagian tingkap, balkoni dan koridor telah
mencemarkan pemandangan di kawasan bandar. Ini disebabkan pada
masa ini, tiada peraturan khusus yang dikuatkuasakan bagi tujuan
membendung amalan tersebut. Sehubungan dengan itu, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melaksanakan satu kajian
bagi mewujudkan satu garis panduan penyidaian kain yang praktikal untuk
menangani masalah penyidaian kain di kediaman berbilang tingkat.
3. Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan tersebut,
antara faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya amalan penyidaian
kain yang tidak teratur di kediaman berbilang tingkat adalah seperti berikut :-
(i) ruang penyidaian kain yang tidak mendapat pengudaraan dan pencahayaan
yang mencukupi;
(ii) ruang penyidaian kain sedia ada digunakan untuk tujuan lain seperti
stor dan meletak peralatan;
(iii) tiada House Rules dalam pengurusan bangunan atau House Rules
yang disediakan tidak mempunyai elemen tatacacara penyidaian kain;
(iv) House Rules yang disediakan tidak dipatuhi oleh penghuni;
(v) tiada tindakan penguatkuasaan oleh pihak pengurusan bangunan
dan PBT;
(vi) pelan susun atur bangunan meletakkan ruang penyidaian kain
di bahagian belakang
bersebelahan dengan ruang dapur dan selalunya menghadap ke
jalan raya; dan
(vii) ruang penyidaian kain yang disediakan terlalu kecil dan sempit.
4. Sehubungan dengan itu, mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan
Tempatan Ke-61
(MNKT Ke-61) pada 2 Disember 2008 telah bersetuju dengan pelaksanaan
Garis Panduan
Penyidaian Kain Di Kediaman Berbilang Tingkat bagi menangani amalan
penyidaian kain yang tidak teratur di kediaman berbilang tingkat.
PENGGUNAAN GARIS PANDUAN
5. Garis Panduan Penyidaian Kain Di Kediaman Berbilang Tingkat yang
dilampirkan kepada pekeliling ini menerangkan secara terperinci
amalan penyidaian kain yang baik dan paling sesuai digunakan
di kediaman berbilang tingkat dan ia merangkumi peranan dan
tanggungjawab pihak-pihak terlibat yang terdiri daripada penghuni,
pihak pengurusan bangunan dan PBT serta aspek penggunaan
peralatan bagi mengatasi masalah penyidaian
yang tidak teratur.
TARIKH KUATKUASA
TARIKH KUATKUASA
6. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.
PERTANYAAN
7. Sebarang pertanyaan dan penjelasan lanjut berhubung pekeliling
ini boleh dikemukakan
kepada :
Ketua Pengarah
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 6, Blok F (Utara)
Pusat Bandar Damansara
50782 Kuala Lumpur
(u.p.: Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik)
No. Telefon : 03-20947033 / 20874761
No. Fax : 03-20936982 / 20930709
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 6, Blok F (Utara)
Pusat Bandar Damansara
50782 Kuala Lumpur
(u.p.: Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik)
No. Telefon : 03-20947033 / 20874761
No. Fax : 03-20936982 / 20930709
PENUTUP
8. Pemakaian peruntukan pekeliling ini dipanjangkan kepada semua PBN, PBT dan COB .
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(DATO’ AHMAD BIN HJ. KABIT)
Ketua Setiausaha
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(DATO’ AHMAD BIN HJ. KABIT)
Ketua Setiausaha
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
22 Januari 2009
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Datuk Bandar / Yang Dipertua
Semua Datuk Bandar / Yang Dipertua
Wednesday, November 18, 2015
LARANGAN KEPADA PELAWAT UNTUK MEMAKIR KENDERAAN
Tetamu penghuni
- Para
tetamu penghuni hanya akan dibenarkan masuk ke dalam Bangunan setelah
pengawal keselamatan mengesahkan identiti tetamu dengan penghuni. Semua
tetamu perlu memberikan butir-butir diri kepada pengawal keselamatan
sebelum dibenarkan masuk ke dalam Bangunan. Tetamu juga perlu mengambil
Kad Pelawat selepas menyerahkan dokumen pengenalan bagi tujuan keselamatan
dan pengenalan di Pondok Pengawal di Pintu Masuk Utama.
- Penghuni
haruslah memaklumkan Pengawal Keselamatan tentang kebarangkalian kehadiran
tetamu dengan memberi butiran yang berkaitan dengan tetamu itu, sebelum
tetamu datang.
- Penghuni
haruslah bertanggungjawab bagi memastikan tetamu mereka mematuhi
Undang-Undang Dalaman pada setiap masa dan yang kelakuan mereka tidaklah
mengganggu atau menyakiti penghuni-penghuni lain. Penghuni adalah
bertanggungjawab bagi apa-apa kerosakan yang dilakukan oleh tetamu-tetamu
mereka.
PETAK X
LALUAN MASUK KE TANGGA
PETAK YANG TELAH DIMILIKI
PETAK MOTOR
PETAK X UNTUK PILI BOMBA
PETAK X UNTUK PANEL TNB
Thursday, September 17, 2015
Thursday, September 10, 2015
Saturday, August 22, 2015
GOTONG ROYONG PERDANA
PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBASMI DENGGI ANJURAN BERSAM PKD KUALA SELANGOR, PERSATUAN PENDUDUK DAN JMB ASTANA ALAM 3
SAMBUTAN YANG AMAT MENGGALAKKAN
MENANTI KEHADIRAN PENDUDUK YANG PERIHATIN
TERIMA KASIH KEPADA YANG HADIR
PERALATAN KEBERSIHAN DI SEDIAKAN OLEH PIHAK PEJABAT KESIHATAN
BEKERJA DENGAN CERIA DAN IKHLAS
MUSLIMAH AA3 JUGA SAMA2 MEMBERI SUPPORT.
LEPAS DH PENAT KITA MENJAMU MAKAN TENGAHARI..
Subscribe to:
Posts (Atom)