Monday, May 7, 2012

Penduduk kurang faham fungsi JMB


Penduduk kurang faham fungsi JMB


AMPANG - Penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) bukanlah satu penyelesaian dalam mana-mana kawasan kediaman seandainya tiada pemahaman yang jelas daripada penghuni mahupun pihak pengurusan berkait dengan JMB.

Pengarah Operasi, Focus Facilities Management Sdn Bhd, Ablah Othman berkata, pelbagai cabaran dan masalah yang perlu dihadapi dalam menguruskan dan menyelenggara harta bersama seperti di flat, pangsapuri dan kondominium.

Menurutnya, perkara yang kerap dihadapi mana-mana pengurusan adalah keengganan penghuni membayar yuran penyelenggaraan sebagai contoh, pemilik yang tidak tinggal di perumahan tersebut tetapi menyewakan kepada orang lain.

“Kebiasaannya penyewa ini kurang rasa tanggungjawab untuk membayar yuran penyelenggaraan sehingga sukar untuk membuat kutipan sepenuhnya.

“Begitu juga bilangan unit rumah yang sedikit akan menyebabkan dana tidak setara dengan jumlah perbelanjaan pengurusan bangunan terutama perumahan kos rendah yang mempunyai lif.

“Malah ada juga pemilik yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi oleh pemaju menyebabkan mereka enggan membayar yuran penyelenggaraan walaupun yuran perkhidmatan yang rendah,” kata Ablah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran yang dihadapi JMB semasa Seminar Perbadanan Pengurusan terhadap Peranan dan Tanggungjawab JMB dan Legasi Hakmilik Strata anjuran Focus Facilities Management Sdn Bhd di Hotel De Palma Ampang.

Ablah berkata, masalah dalaman JMB juga antara beberapa masalah dan cabaran yang sering timbul apabila mereka yang berada dalam pengurusan ini tidak memahami peranan JMB dengan jelas.

Sebagai contoh “Masalah seperti rumah lelong, struktur kediaman yang tidak memuaskan, masalah cukai tanah dan masalah meter air pukal kebiasaannya ditanggung menggunakan dana yuran perkhidmatan adalah antara lain yang sering menghantui JMB,” katanya.

Menurutnya, kesemua masalah ini hanya dapat diatasi sekiranya Akta 318 Akta Hakmilik Strata perkara 41A Caruman dapat dikuatkuasakan oleh pihak berwajib. Jika ini dapat dilaksanakan, maka banyak perkara dapat diatasi dan seterusnya menjaga kebajikan dan keselesaan perumahan bertingkat.

Sebelum itu, Seminar Perbadanan Pengurusan telah dirasmikan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abd Samad.
Sinar Harian 31 Ogos 2009

Memo Renew Insurance Dan Water Bill

AGM KE-4 JMB ASTANA ALAM 3

      Selamat ke AGM ke-4 JMB Astana Alam 3, B andar Baru Puncak Alam
 Persiapan terakhir sblm AGM besok..
 Dewan Serbaguna Peratuan Penduduk Astana Alam 3





 Kaunter Pendaftaran
 Pemilik petak mula memenuhi Dewan AA3
 Sarapan pagi pun dah sampai..sila ambil untuk sarapan pagi dulu...semtara menanti kehadiran wakil COB dan wakil PAHSB..


 Barisan AJK JMB AA3 2010-2011
 Pengerusi En. Ibrahim Idris MC majlis memulakan ucapan pembuka majlis
 Wah!!! ramai juga yang hadir...Selamat Datang Semua...
 Teliti agenda-agenda yang akan berlangsung...bersama topik2 hangat..


 kaum ibu jugak tidak ketinggalan menhadirkan diri...

 Berbaju biru En Fathir wakil COB..disebelah En Md Shah setiausaha JMB AA3 2010 - 2011

 Kenapa berdiri diluar je bang...mungjin dewan kita penug dengan ruang yang agak sempit...





                         BADAN PENGURUSAN BERSAMA ( J.M.B )
                                                           ASTANA ALAM 3
                           Permata G1-25, Jalan Astana 13/2, Astana Alam 3,
                                            Bandar Puncak Alam, 42300 Kuala Selangor,
                                                             Selangor Darul Ehsan
                       Tel : 03 3393 2875  Fax : 03-3393 3051  /  Email : jmbaa3@gmail.com /
                                                    Blog : jmbaa3@blogspot.com


NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEEMPAT
AKTA BANGUNAN  DAN HARTA BERSAMA
( PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN ) 2007
( AKTA 663 )
Kepada
Pemilik Petak/Proksi
Astana Alam 3

Notis   diberi  bahawa  urusan  diselesaikan  di Mesyuarat  Agung  Tahunan  Keempat  yang akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut :~

          Tarikh           :           22 APRIL 2012 ( Ahad ).
            Masa              :           0900 pagi.
            Tempat          :           Dewan Penduduk
                                                Blok Permata, Astana Alam 3.
                                       
Agenda  :  Berdasarkan Akta 663.

1.  Membentangkan dan menerima Laporan Kewangan.
2.  Untuk membincangkan lain~lain perkara yang berkaitan
     dengan Penyenggaraan dan Pengurusan Harta Bersama.

Sila ambil perhatian bahawa :~
1.   Kehadiran Pemiik Petak / Proksi amat-amat dialu-alukankan bagi membicangkan
      hal-hal berkaitan Penyelenggaraan dan Pengurusan Harta Bersama.

2.  Kourum  pada  mesyuarat  hendaklah  merupakan  satu perempat daripada       
     Pembeli yang  telah  membayar  semua Caj~Caj ke akaun penyenggaraan
     Bangunan kepada pihak Badan Pengurusan Bersama ( JMB ) Astana Alam 3.

3.  Jika  dalam  masa  setengah jam selepas masa ditetapkan untuk mesyuarat
     Kourum tidak  diperolehi,  ahli  yang  berhak  mengundi  ( yang telah
     Menjelaskan caj ) yang hadir boleh membentuk satu kourum.

4.  Segala ketetapan pada mesyuarat hendaklah diputuskan dengan mengangkat tangan. 
              
5.  Pembeli  bersama  tidak berhak mengundi kecuali dengan secara proksi yang dilantik   
     bersama.

6. Ketidakhadiran  ahli  yang berhak mengundi adalah dianggap bersetuju dengan                               
    keputusan dan ketetapan mesyuarat.


( Ibrahim bin Idris )
  Pengerusi
  Badan Pengursan Bersama ( JMB )
  Astana Alam 3. Sesi 2011 ~ 2012

Sunday, April 8, 2012

Preparation AGM ke-4 22 Apr 2012

Persediaan AGM KE-4
semua penghuni/penduduk Astana Alam 3 dijemput hadir....


Wednesday, April 4, 2012

LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB APABILA MEMBELI PANGSAPURI

LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB APABILA MEMBELI PANGSAPURI


Written by Matheevani Marathandan
Tuesday, 05 April 2011 12:20
Pangsapuri merupakan suatu unit rumah yang lebih murah dan mampu dimiliki berbanding rumah teres dan yang bertanah. Namun sebagai seorang pengguna yang bijak dan pembeli rumah, anda perlu berfikir dan sedia untuk mengambil beberapa risiko serta komitmen sepanjang hayat.

Kebanyakan pembeli rumah tidak bersedia mengambil tanggungjawab sebagai pembeli rumah. Umpamanya sebagai pembeli rumah pangsapuri, setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk membayar yuran penyelengaraan.

Tetapi ramai mempersoalkan tanggungjawab dan tidak mahu membayar dengan pelbagai sebab. Namun sikap ini akan mengundang kesan buruk kepada mereka kelak.

Masalah-masalah yang bakal wujud adalah seperti kerosakan lift tidak dibaiki, kawasan persekitaran yang tidak dibersihkan, bangunan tidak dapat dicat, paip umum yang bocor tidak dapat dibaiki, masalah pemotongan air dan elektrik kepada semua orang yang mendiami blok berkenaan.

Adakah anda ingin hidup dalam keadaan kesusahan seperti ini sekiranya anda tidak membayar yuran penyelenggaraan. Anda juga tidak akan terlepas kerana anda boleh didakwa di mahkamah. Sudah tentu ini akan memberi kesan yang tidak diingini Pengguna yang bijak akan membuat pilihan dan keputusan bijak serta laksanakan tanggungjawab mereka. Oleh itu laksanakan tanggungjawab anda sebagai pemilik atau jangan mengambil risiko dengan membeli rumah pangsapuri.

Namun sekiranya badan pengurusan pula tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka adukan kepada Pesuruhjaya Bangunan, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan untuk tindakan.

Matheevani Marathandan
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

APA ITU SINKING FUND

Info Pengguna - Kumpulan Wang Pelepas - Sinking Fund




Ramai yang masih berasa keliru dan tidak mengetahui mengapakah kita membayar Kumpulan Wang Pelepas atau dikenali sebagai “Sinking Fund” untuk pangsapuri sedangkan dalam masa yang sama kita juga membayar yuran penyelenggaraan.

Dalam hal ini terdapat empat persoalan yang terlintas dalam fikiran penghuni rumah bertingkat seperti ini.
  1. Adakah Perbadanan Pengurusan (Management Corporation) mempunyai bidang kuasa di bawah undang undang untuk mengutip wang daripada pembeli rumah bertingkat?
  2. Apakah peranan kutipan wang yang diambil khas untuk sinking fund ini jika dibandingkan dengan bayaran perkhidmatan penyelenggaraan?
  3. Bolehkah perbadanan pengurusan menyalahgunakan kumpulan wang pelepas untuk pelbagai alasan?
  4. Sekiranya berlaku penyalahgunaan kumpulan wang pelepas, apakah hak kita sebagai Pembeli Rumah?

Jawapannya

Akta 46 Hakmilik Strata 1985 dan Jadual H Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989 menjelaskan sinking fund ataupun kumpulan wang pelepas diungkapkan sebagai tabung istimewa “special fund” dan ia boleh dikutip untuk memenuhi keperluan penting bangunan.

Pembeli rumah tidak harus keliru dengan kedua dua pengutipan wang oleh badan pengurusan ataupun management corporation iaitu sinking fund dan juga maintenance charge kerana masing masing mempunyai fungsinya tersendiri dimana kutipan wang maintenance ataupun penyelenggaraan digunakan untuk perkhidmatan penyelenggaraan bangunan ataupun apartment sendiri misalnya untuk kerja-kerja pembersihan, dan untuk menyelenggara surau, dewan serbaguna, pengurusan dan sebagainya.

Sebaliknya sinking fund pula digunakan sebagai wang kecemasan /reserve fund dimana wang tersebut digunakan khas untuk membaiki kerosakan utiliti dan penggantian baru di apartment, selain itu sinking fund juga digunakan untuk mengecat keseluruhan bangunan beberapa tahun sekali untuk mengekalkan kualiti bangunan.

Pembeli rumah bertingkat secara peringkatnya, hendaklah pada tarikh mengambil pemilikan kosong “vacant position” mencarum kepada kumpulan wang penjelas dengan sepuluh peratus (10) daripada bayaran perkhidmatan. Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan pendahuluan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Penjelas mulai tarikh pemilikan kosong dan selepas itu caruman yang sedemikian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu.

Mengikut Akta Strata 1985 dan Jadual H Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989 hanya membenarkan beberapa perkara terhad untuk Badan Pengurusan menggunakan wang sinking fund ini adalah demi kepentingan pencarum dan agar penggunaan wang yang adil dapat dijamin.

Namun apa yang membimbangkan Pembeli rumah bertingkat adalah penyalahgunaan kutipan tersebut, setelah meneliti undang-undang berkenaan adalah didapati terdapat beberapa kekurangan misalnya kekurangan panduan dalam isu cara pengumpulan dan penggunaan standard dan tidak dijelaskan dengan lebih terperinci lagi penggunaanya dan hadnya. Selain itu tidak juga dijelaskan dengan baik bagaimana wang itu harus di urus dengan transparensi yang lebih baik atau tanggungjawab badan Pengurusan untuk memberi penjelasan teliti akaun.

Walaubagaimanapun pembeli ataupun konsumer secara umumnya harus diberi pengadilan yang lebih baik dengan memberi lebih tanggungjawab kepada badan pengurusan untuk menjadi lebih akauntabiliti dan untuk mencapai motif pengumpulan sinking fund yang lebih mantap dan objektif.

Klausa 20 Jadual H mengatakan bahawa pemaju seharusnya menyimpan kutipan wang penjelas sebagai amanah sehinggalah badan Pengurusan ditubuhkan. Pemaju atau ejennya seharusnya memberikan audit tahunan kepada semua pembeli untuk menjelaskan berapa jumlah wang yang yang disimpan dan digunakan untuk keperluan bangunan.

Dengan ini kami pihak NCCC berharap Pembeli atau konsumer menjadi lebih peka dan bijak dalam masalah sinking fund dan perumahan bertingkat. Kami menerima banyak panggilan daripada Pembeli dan penghuni rumah beringkat untuk mendapat nasihat mengenai masah Perbadanan Pengurusan mereka yang menyalahgunakan wang sinking fund mereka, untuk pengetahuan ramai ini adalah salah disisi undang undang kerana sinking fund mempunyai matlamat tertentu dan didefinasikan oleh undang-undang mengenai pengunaannya.

Sekiranya terdapat penyalahgunaan wang sinking fund ajukan aduan kepada NCCC dan Kementerian Perumahan untuk tindakan lanjut ini adalah kerana penyalahgunaan wang tersebut adalah pecah amanah dan salah disisi undang undang.

Ms. Matheevani Marathandan
Legal Executive/ Complaint Handling Manager
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional
National Consumer Complaints Centre
E-mail : vani@nccc.org.my

J.M.B......Persoalan...


1. PENUBUHAN JMB
i. Bilakah JMB perlu ditubuhkan?
JMB perlu ditubuhkan bagi bangunan seperti berikut: (S.4.1).

(a) Bagi bangunan yang telah wujud sebelum pelarasan Akta 663, JMB hendaklah ditubuhkan
12 bulan sebelum 12/4/2008.

(b) Bagi bangunan yang mendapat `vacant possession’ selepas tarikh perlaksanaan Akta 663
(yakni selepas tarikh 12/4/2007), tempoh masa ialah 12 bulan dari tarikh vacant
possession.
ii. Apakah perlu ditubuhkan JMB berasingan untuk setiap Lot yang berlainan?
Ya. Setiap 1 Lot tanah (kawasan pemajuan) untuk perumahan bertingkat hendaklah ditubuhkan 1 JMB.
2. MESYUARAT AGUNG PERTAMA
i. Siapakah yang patut memanggil Mesyuarat Agung yang pertama?

Pemaju patut memanggil Mesyuarat Agung Pertama tidak lewat daripada 12/4/2008 atau 12 bulan selepas tarikh milikan kosong.
ii. Bila perlu dikeluarkan Notis Mesyuarat Agung pertama?
Pemaju hendaklah mengeluarkan Notis Mesyuarat Agung Pertama sekurang-kurangnya tempoh 14 hari sebelum mesyuarat dijalankan. (S.5).
iii. Apakah yang akan berlaku sekiranya pemaju tidak mengadakan mesyuarat tersebut?
Pemaju boleh didenda tidak lebih dari RM25,000 atau penjara tidak lebih 3 bulan atau kedua-duanya sekali.
iv. Apakah yang patut dibincang dalam mesyuarat agung pertama?
(a) Memilih Jawatankuasa
• terdiri daripada pemaju
• 5 hingga 12 orang pembeli
• memilih seorang pengerusi, setiausaha dan bendahari
(b) Mengesahkan pengambilalihan insuran
• insuran bangunan sebanyak nilai gantian bangunan terhadap kebakaran atau risiko lain
• kerosakan bagi bangunan itu dibina semula atau dipulihkan (S.8)
(c) Menentukan kadar caj bangunan
• semua wang yang diterima hendaklah didepositkan kedalam akaun dalam masa dua hari
kerja dari penerimaan wang itu (S.18)

(d) Menentukan kadar bunga berkenaan pembayaran lewat
• pemilik unit hendaklah membayar caj penyelenggaraan dalam masa 14 hari notis.
Jika caj itu tidak dibayar dalam masa tersebut maka kadar bunga akan dikenakan tidak
lebih dari 10% setahun.
Kadar sebenar hendaklah ditentukan dalam mesyuarat ini (S.23.5)

(e) Hal-hal lain yang berkaitan dengan penyelenggaraan dan pengurusan harta bersama
v. Bagaimana pula dengan kuorum mesyuarat dan apa yang perlu dibuat sekiranya kourum tidak mencukupi?
Kuorum hendaklah terdiri daripada ¼ pembeli yang telah membayar caj penyelenggaraan. Tetapi sekiranya selepas setengah jam kuorum tidak cukup, pembeli yang hadir i.e yang berhak mengundi hendaklah membentuk satu kuorum (S.6).

Jika selepas satu jam, tiada anggota yang hadir atau tiada perlantikan berjaya dilakukan, pemaju dalam masa 7 hari hendaklah memaklumkan kepada Pesuruhjaya dan Pesuruhjaya boleh:

(a) menetapkan suatu tarikh baru menyuarat; atau

(b) melantik seorang ejen pengurusan (S.25.(1)) untuk menyelenggara harta bersama
vi. Apakah tugas pertama yang perlu dibuat setelah selesai Mesyuarat Agung Pertama ini dijalankan?
(a) Badan atau JMB hendaklah mendaftarkan nama kepada pesuruhjaya dalam masa 28 hari dari tarikh mesyuarat pertama melalui surat rasmi kepada:

Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPSP,

atau

Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan,

Majlis Perbandaran Seberang Perai
Jalan Perda Utama
Bandar Perda
14000 Bukit Mertajam

(b) Untuk tujuan pendaftaran, hendaklah dikemukakan kepada pesuruhjaya:

1. Minit mesyuarat
2. Notis panggilan mesyuarat
3. Senarai nama jawatankuasa (serta jawatan, alamat, No. telefon dan kad pengenalan)
4. Nama serta alamat rasmi badan
5. Salinan Hakmilik Asal
6. Salinan Akaun yang telah diaudit
7. Senarai Kehadiran
8. Salinan Cukai Tanah
9. Salinan Polisi Insurans
10. Salinan Kaedah – kaedah Dalaman
vii. Selepas Jawatankuasa ditubuhkan daripada Mesyuarat Agung Pertama ini, apa lagi mesyuarat yang terlibat dengan Badan Pengurusan Bersama ini?
Ada beberapa mesyuarat iaitu:

(a) Mesyuarat Agung Tahunan – diadakan sekali setiap tahun atau selewat-lewatnya 15 bulan dari mesyuarat sebelumnya.

(b) Mesyuarat Agung Luar Biasa – iaitu mesyuarat khas untuk membincangkan apa-apa perkara sekiranya dipohon oleh sekurang-kurangnya ¼ daripada pembeli atau sekiranya diminta oleh Pesuruhjaya atau atas apa-apa perkara yang mana dirasakan patut oleh badan.

(c) Mesyuarat Jawatankuasa (Jadual Pertama)

• Boleh dilakukan seberapa kerap dalam masa 2 bulan mestilah ada sekurang-kurangnya 1
mesyuarat.

• Kuorum: Pengerusi dan separuh daripada bilangan jawatankuasa.

• Semua minit mesyuarat hendaklah dikemukakan kepada Pesuruhjaya.

• Jika ada AJK meletak jawatan, hendaklah melantik orang lain yang difikirkan layak.
3. TUGAS-TUGAS BADAN
i. Apakah tugas-tugas Badan Pengurusan Bersama beserta kuasanya?
(a) menyelenggara semua harta bersama dan menentukan jumlah caj untuk sebarang
pembaikan.

(b) menguruskan insuran bangunan.

(c) menguatkuasakan apa-apa perintah atau notis yang diterima daripada Pihak Berkuasa
Tempatan contohnya;
- pemberhentian apa-apa kacauganggu pada harta bersama
- apa-apa pembaikan yang diperintahkan oleh pihak berkuasa tempatan.

(d) menyelenggara daftar semua pembeli.

(e) memastikan Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan diaudit dan menyediakan penyata
kewangan untuk makluman kepada penduduk.

(f) menguatkuasakan kaedah pengurusan bangunan yang sesuai.
4. AKAUN (PERINGKAT PEMAJU)
i. Siapakah yang bertangggungjawab untuk membuka dan menyenggara akaun?
Pemaju adalah bertanggungjawab untuk membuka dan menyenggarakan Akaun Penyelenggaraan Bangunan sebelum JMB ditubuhkan (S.16)
ii. Bilakah pemaju perlu membuka Akaun Penyenggaraan Bangunan?
Pemaju hendaklah membuka Akaun Penyenggaraan Bangunan sebelum milikan kosong diserahkan kepada pembeli atas nama kawasan pemajuan itu.(S.16.(1))
iii. Apakah perlu akaun itu diaudit?
Ya, pemaju hendaklah melantik seorang juruaudit professional untuk mengaudit akaun penyenggaraan bangunan (S.17.(2b))
iv. Bilakah sesuatu akaun itu perlu dihantar kepada Pesuruhjaya Bangunan?
Sesuatu akaun yang diaudit itu hendaklah diserahkan kepada pesuruhjaya dalam masa 14 hari dari tarikh akaun itu diaudit (S.17(2c))
v. Apakah tindakan keatas pemaju yang gagal mengemukakan akaun kepada pesuruhjaya?
Pemaju, jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM10,000 tetapi tidak lebih dari RM100,000 dan tidak lebih dari RM1,000 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan (S.17(7))
5. KUMPULAN WANG PENYENGGARAAN BANGUNAN
i. Apakah yang dimaksudkan dengan Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan?
Ia adalah suatu akaun yang terdiri daripada semua pendapatan hasil kutipan caj penyenggaraan, semua pendapatan hasil daripada penyewaan, penjualan atau lain-lain wang yang diterima dengan sah oleh badan termasuk bunga, denda dan wang amanah. (S.22(2))

Semua wang yang diterima akan dibelanja untuk tujuan penyenggaraan, perkhidmatan pembersihan, keselamatan, apa-apa premium bagi insuran bangunan, sistem pendawaian, penyenggaraan dan pembaikan, fees, elaun, pengauditan, apa-apa pembelian dan perbelanjaan. (S.22(3))
ii. Apakah yang dimaksudkan dengan Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund)?
Sejumlah wang yang diambil daripada Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan yang dimasukkan kedalam akaun khas bagi tujuan: (S.24)

(a) Pengecatan semula mana-mana harta bersama.

(b) Pemerolehan apa-apa harta alih bagi kegunaan harta bersama.

(c) Pembaharuan/penggantian apa-apa lekapan atau pemasangan pada harta bersama.

(d) Apa-apa perbelanjaan lain sebagaimana difikirkan perlu oleh jawatankuasa.
6. CAJ PENYENGGARAAN
i. Setiap bulan penduduk perlu membayar caj penyenggaraan. Kenapa ianya dikenakan?
Ialah apa-apa wang yang dikutip oleh pemunya, pemaju, badan atau ejen pengurusan daripada pembeli bagi menyenggarakan dan menguruskan bangunan yang dikenali sebagai harta bersama.
ii. Apakah tindakan yang boleh diambil keatas pembeli yang gagal membayar caj penyenggaraan?
JMB mempunyai kuasa untuk menuntut amaun yang tertunggak dengan memberikan notis bertulis dalam masa 14 hari untuk membayar jumlah tunggakan itu.

Sekiranya tiada pembayaran dibuat dalam tempoh yang dinyatakan, JMB hendaklah memberikan notis ke dua menuntut pembayaran dalam masa 14 hari.

Jika bayaran belum juga dibuat maka kes ini boleh dibawa ke mahkamah.

Atau

Jika caj tertunggak selama 6 bulan, JMB boleh mengemukakan waran tahanan keatas apa-apa harta alih kepunyaan tuan bangunan samada terdapat dalam bangunan tersebut atau terdapat di tempat lain. Waran akan dikeluarkan oleh pegawai dari pejabat pesuruhjaya dan diberi kuasa untuk memecah masuk bangunan pada waktu siang. Harta alih tersebut akan dilelong. Lebihan jumlah lelongan akan dikembalikan kepada pemilik harta.

Sekiranya kes dibawa ke mahkamah, sesiapa yang tidak membayar caj penyenggaraan tanpa sebab yang munasabah, boleh didenda tidak lebih RM5,000 dan didenda selanjutnya tidak lebih RM50 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.
7. LAIN-LAIN
i. Bolehkah JMB mengundang mana-mana pihak sebagai penasihat untuk sesuatu mesyuarat contohnya YB kawasan atau Pihak Pesuruhjaya Bangunan?
Boleh. Tetapi mana-mana pihak yang hadir tidak berhak mengundi. Seseorang yang diundang itu hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh badan.
ii. Bilakah tugas-tugas JMB ini akan selesai? Adakah untuk selama-lamanya?
Tugas-tugas JMB selesai sehingga bangunan tersebut memiliki hakmilik strata. Apabila hakmilik strata diperolehi, pemaju akan memanggil semula mesyuarat untuk menubuhkan Perbadanan Pengurusan (Management Corporation).
iii. Bagaimana untuk mengetahui ruang manakah yang dikenali sebagai harta bersama untuk diuruskan oleh JMB?
Ruang-ruang harta bersama yang perlu diuruskan oleh JMB ialah:

i. Tangga, anak tangga
ii. Struktur bangunan, bahagian luar semua bahagian bangunan
iii. Laluan kecemasan
iv. Pintu masuk/keluar, jalan masuk
v. Koridor
vi. Lobi
vii. Lekapan dan pemasangan lif
viii. Pelongsor sampah/tong sampah
ix. Paip, wayar, kabel
x. Padang permainan, kawasan rekreasi, kawasan lanskap
xi. Tembok, pagar serta lain-lain kemudahan yang dinikmati bersama.
iv. Saya membayar caj penyelenggaraan tanpa ada tunggakan, tetapi JMB menolak untuk membaiki paip air yang bocor di dalam tandas rumah saya. Kenapa?
Wang didalam Akaun Penyelenggaraan Bangunan yang ada hendaklah digunakan untuk membaiki/menyelenggarakan bangunan hakmilik bersama sahaja. Bagi ruangan dalam unit itu sendiri, maka menjadi tanggungjawab pemilik petak untuk membayar apa-apa kerosakan.

Jadi, kes membaiki paip air tersebut hendaklah ditanggung sendiri oleh tuan.
v. Apakah perlu diadakan JMB bagi bangunan strata yang mempunyai kurang daripada 3 orang pemilik?
Tak perlu.
vi. Adakah perlu ditubuhkan JMB semasa tempoh peralihan (initial period )?
Perlu

Thursday, January 19, 2012

NOTIS MAKLUMAN PINDAAN TARIF DARIPADA KONDOMINIUM / PANGSAPURI KEPADA INDUSTRIAL.

ASTANA ALAM 3
Permata G1-25, Jalan Astana 13/2, Astana Alam 3,
Bandar Puncak Alam, 42300 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03 3393 2875 Fax : 03-3393 3051 / Email : jmbaa3@gmail.com /
Blog : jmbaa3@blogspot.com

Rujukan : JMBAA3/MEMO/01/2012
Tarikh : 07 JANUARI 2012

MEMO PENTING

PERKARA:
1:NOTIS MAKLUMAN PINDAAN TARIF DARIPADA KONDOMINIUM / PANGSAPURI KEPADA INDUSTRIAL.

Pihak syabas telah menghantar Satu SURAT NOTIS PEMBERITAHUAN pada tarikh 20 hb Disember 2011 bagi maksud PINDAAN TARIF KONDOMINIUM / PANGSAPURI KEPADA INDUSTRIAL di Astana Alam 3.

Kepada Pemilik Petak yang masih GAGAL MEMOHON @ MASIH DALAM PROSES
PEMOHONAN OLEH PIHAK JMB, satu tarif Air Baru akan dikenakan kepada Pemilik Petak pada tarikh yang akan ditetapkan.

LAMA: TARIF 17 ( KONDOMINIUM / PANGSAPURI ) RM 1.38 semeter padu.
BARU : TARIF 11 ( INDUSTRIAL ) RM 2.28 semeter padu.

[sila rujuk Buku Panduan Pengguna dari pihak SYABAS untuk keterangan lanjut]

PERKARA:
2:NOTIS AKHIR PEMOHONAN MIGRASI AIR PUKAL KEPADA METER INDIVIDU TELAH DILANJUTKAN DARI ,
15 DISEMBER 2011 KEPADA 31 JANUARI 2012

Lanjutan tarikh ini dibuat bagi memberi peluang kepada 200 Pemilik Petak yang masih belum membuat pemohonan terakhir.

PERKARA:
3:PIHAK JMB AA3 TIDAK AKAN MEMPROSES PEMOHONAN MIGRASI AIR PUKAL KEPADA METER INDIVIDU SELEPAS TARIKH AKHIR 31 JAN 2012.

Sebarang Pemohonan boleh dibuat selepas tarikh akhir 31 Jan 2012 di Pejabat SYABAS KUALA SELANGOR setelah mendapat pengesahan PENGUBAHSUAIAN PAIP daripada PIHAK JMB AA3.

SEBARANG MASALAH BOLEH BERHUBUNG TERUS KEPADA PIHAK PENGURUSAN JMB AA3.SEKIAN TERIMA KASIH.

Wednesday, November 2, 2011

Masalah water bil SYABAS tak munasabah

Masalah Bil SYABAS
4 messages
Astana Alam 3 Wed, Nov 2, 2011 at 10:57 AM
To: puspel@syabas.com.my
Pihak kami telah mendapat surat pengesahan daripada Pihak Pemaju Puncak Alam Housing untuk mengambil balik meter yang lama yang sedia ada. Pihak kami juga berharap pihak SYABAS dan menggantikan meter lama kepada meter baru seperti yang dijanjikan.(Sila rujuk lampiran).
Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SYABAS kerana Apartmen Astana Alam 3 telah mendapat bil pertama daripada SYABAS. Terima kasih diatas keperihatinan dan kerjasama. Tetapi kami masih menghadapi masalah kerana masih ada sebahagian unit rumah mendapat bil yang tinggi dan tidak munasabah, lebih tinggi daripada menggunakan meter pukal. Mengikut pihak SYABAS apa tindakan yang boleh saya lakukan untuk mengelak masalah ini berterusan dan menyelesaikan masalah unit2 yang terlibat dengan bil yang tinggi.

Harap mendapat pandangan dan kerjasama pihak tuan..

Terima Kasih

Aniza
JMB AA3

SURAT PAHSB UTK AMBIL METER AA3.tif
93K

Puspel Wed, Nov 2, 2011 at 11:30 AM
To: Astana Alam 3
Salam Sejahtera,

Merujuk kepada e-mel yang kami terima dari pihak Puan.

Untuk makluman, setiap individu yang menerima bil air yang tinggi dan tidak munasabah dinasihatkan menghubungi PUSPEL di talian hotline 1-800-88-5252 untuk merekodkan aduan bil tinggi. Siasatan lanjut akan dijalankan setelah menerima aduan dari individu/pemilik premis tersebut.
Sila nyatakan nama penuh, nombor telefon dan nombor akaun air SYABAS (13 digit) semasa merekodkan aduan tersebut.
Dalam masa yang sama kami nasihatkan agar semua individu tersebut memeriksa sistem paip dalaman termasuk tangki air kerana bimbang berlakunya kebocoran selepas meter dan menyebabkan bil air semakin tinggi.

Terima kasih dan sila hubungi PUSPEL di talian bebas tol 1 800 88 5252 sekiranya tuan/puan memerlukan bantuan berhubung perkhidmatan air. Secara alternatif, tuan/puan boleh mengajukan sebarang pertanyaan/pendapat/aduan serta mendapatkan maklumat-maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air dengan mengikuti kami di laman web twitter iaitu www.twitter.com/puspel atau facebook dengan menaip "puspel" atau "puspel syabas".

Yang benar,
HIZURITA BINTI ZAKARIA
PUSPEL
SYABAS