Saturday, October 13, 2018

CCTV - ANDA SEDANG DIPERHATIKAN





Memasang CCTV di rumah sampah Pukal..Ada lagi yang mentaliti rendah ingin  kerja senang buang sampah ikut suka hati dia je. Sampah dapur dihumban ke tempat pembuangan sampah pukal.


Terima kasih kepada pekerja bahagian pembersihan sanggup berbusuk demi keselesaan penduduk dan semua penghuni AA3.

Quit Rent (Cukai Tanah) vs Assessement (Cukai Taksiran)

INFORMASI MENGENAI CUKAI NEGERI

CUKAI TANAH
CUKAI TAKSIRAN / CUKAI PINTU
Apa itu Cukai Tanah?
Apa itu Cukai Taksiran/Cukai Pintu
Ditafsirkan sebagai Cukaisewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1995 sebagai :
  1. apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagaiCukaisewa
  2. apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendakladipungut seolah-olah ianya cukai sewa atau hasil tanah; dan
  3. apa-apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai Tunggakan Cukaisewa.
Cukai Taksiran/Cukai Pintu dikuatkuasakan mengikut peruntukan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Ia adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di Kawasan Majlis dalam Negeri Selangor meliputi harta-harta berikut :
  1. Kediaman
  2. Perniagaan
  3. Perindustrian
  4. Tanah Kosong
Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Tanah?
Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Setiap Pemilik Berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah.
"Cukaisewa yang kena dibayar mengenai mana-mana tanah berimilik hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak tuanpunya..."
Selepas perjanjian jual-beli ("Sales and Purchase Agreement") telah meterai oleh kedua-dua pihak penjual (atau pemaju tanah/perumahan) dan pembeli, urusan membayar Cukai Tanah adalah menjadi tanggungjawab pembeli.
Seksyen 146, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171):
"Semua kadar (Cukai Taksiran/Cukai Pintu) hendaklah dibayar oleh orang yang mana adalah pemunya pegangan pada masa itu.."
Semua pemilik berdaftar bagi premis kediaman, perniagaan, perindustrian dan tanah kosong adalah tertakluk kepada Akta di atas.
Seksyen 155 akta yang sama menerangkan bahawa sekiranya penyewa sesuatu premis terpaksa membayar cukai taksiran bagi pihak pemilik berdaftar pegangan maka penyewa tersebut boleh memotong daripada bayaran sewanya selepas saja daripada itu berapa saja amaun yang telah dibayar.
Bila Anda Sepatutnya Membayar Cukai Tanah?
Bila Anda Sepatutnya Membayar Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
Sekali Setahun
Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun
2 kali setahun pada :
  1. 1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun;
    dan
  2. 1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun.
Mengapa Anda Perlu Membayar Cukai Tanah?
Mengapa Anda Perlu Membayar Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Hasil Tanah.Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik harta (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai harta kepada Pihak Berkuasa Tempatan, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Taksiran.
Implikasi Jika GAGAL Menjelaskan Cukai Tanah?
Implikasi Jika GAGAL Menjelaskan Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
Seksyen 100 Kanun Tanah Negara :
Tanah anda akan DIRAMPAS
Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 :
Harta anda akan DISITA
Peringatan
1) Setiap pemilik tanah dan harta (atau wakil pihaknya) hendaklah memaklumkan tentang maklumat terkini masing-masing di Pejabat Tanah/Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan rekod dan semakan.
2) Pemilik yang tidak menerima Bil Hasil Tanah/Bil Taksiran daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) pada awal setiap tahun boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Tanah/Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berhampiran.

Wednesday, October 10, 2018

MENEBANG POKOK YANG MENGANGGU












BUMBUNG JATUH

KERJA-KERJA MEMBETULKAN BUMBUNG DAN MENGGANTI BUMBUNG YANG JATUH AKIBAT RIBUT RINGAN DI ASTANA ALAM 3 PADA 9 OKT 2018
  Kerja yang berisiko tinggi yang melibatkan nyawa kami pertaruhkan demi penduduk yang setia membayar bil-bil dan caj-caj yang dikenakan.





 Namun masih ramai lagi penduduk yang bersenang lenang tanpa membayar bil yg dikenakan. Mengecapi kesenangan diatas kesusahan orang lain. Jawablah 'disana' besok..

Monday, August 20, 2018

PELEKAT KENDERAAN BARU


PERINGATAN
NOTIS PENTING!!

PER : PELEKAT KENDERAAN BARU

          Merujuk perkara diatas, adalah dimaklumkan kepada pemilik/penghuni AA3, JMB telah memperbaharui pelekat kenderaan yang baru. Berkuatkuasa 1 Sept 2018 dan kelonggaran diberikan selama 2 minggu untuk mendapatkan pelekat kenderaan Semua penduduk hendaklah memastikan kenderaan Tuan/Puan mempamirkan pelekat kenderaan yang dikhaskan di sudut kiri kenderaan tuan/puan. Ini adalah bertujuan untuk memperketatkan Keselamatan di dalam Astana Alam 3 oleh Pengawal Keselamatan di samping menentukan kawalan kenderaan yang keluar/masuk dipintu utama AA3 adalah penghuni Astana Alam 3.

Dikhaskan 1 pelekat motor dan 1 pelekat kereta secara percuma kepada 1 unit rumah dan yang seterusnya perlu dibeli dengan harga RM5 sekeping.

kenderaan tanpa pelekat tidak dibenarkan masuk ke kawasan Apartment ini berkuatkuasa serta merta.

          Kerjasama dari Tuan/Puan  bagi  memudahkan   sebarang  urusan   keluar /masuk  ke  Apartment Astana Alam 3 dapatlah membantu melancarkan perjalanan keselamatan di Kawasan Astana Alam 3.

Sekian. Terima kasih.


Yang Benar,

JMB ASTANA ALAM 3.            

Wednesday, December 6, 2017

PERLAKSANAAN PENDAKWAAN AKTA 757

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum.... salam sejahtera... 

Untuk makluman pengunjung blog dan Penduduk Pangsapuri Nilai Santalia khususnya...... Akta ini akan menggantikan Akta 663. Yang pasti Akta 757 ini lebih adil dan saksama bagi pemilik, penyewa, pemaju dan JMB/MC

Friday, November 10, 2017

Extend Rumah : Pantang Larang Rumah Strata

Admin ada pergi melawat salah satu apartment medium cost di Petaling Jaya untuk case study, rumah tu dah 2 hari tidak ada elektrik. Kenapa? Sebab kotak fius terbakar. Apabila di siasat, ada rumah di blok tersebut buat renovation yang haram, tidak diluluskan sehingga berlakunya short circuit. Rumah strata ini terikat dengan akta pengurusan strata ye, tak boleh renovation sesuka hati. Nanti jadi seperti case study admin tadi. Kesian pada jiran. Jadi hari ini admin nak berkongsi pantang larang bila korang memiliki rumah jenis strata ini.
Townhouse @ Mutiara Tropicana
The Park@ Bukit Serdang
Kenapa mesti ada pantang larang bila kita mendiami rumah strata ni? Sebab adanya pengurusan strata yang merangkumi pengurusan dan penyenggaraan skim strata dan harta bersama. Bahasa yang lebih mudah ialah adanya

1.Akta Pengurusan Strata 2013 (AKTA 757)

2.Peraturan-peraturan Pengurusan Strata(Penyeggaraan dan Pengurusan) 2015

3.Peraturan-pertauran Pengurusan Strata (Tribunal Pengurusan Strata) 2015.

Meskipun kita memliki rumah tersebut, tetapi kita masih terikat dengan akta-akta di atas. Malah, penguatkuasaan dan kawal selia berada di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Negeri! Makanya, harta anda masih di perhatikan.

Antara Pantang Larangnya bila duduk di rumah jenis strata.

Buat extension.

Realitinya ada di antara pemilik petak membuat extension untuk membesarkan rumah mereka. Oleh kerana unit mereka di bawah (Ground floor). Maka dengan mudahnya mereka membuat kerja pembesaran. Pengubah suai di dalam rumah tidak ada masalah. Tetapi apabila ada yang membuat pengubahsuaian di luar rumah. Pasti struktur bangunan tersebut terganggu secara langsung.
             

Kesan membuat extension di rumah jenis strata amat besar impaknya. Apa yang dilihat di bawah ini, merupakan hasil dari kerja pengubahsuaian rumah, penambahan plug dan suis elektrik terhadap bahagian yang ditambah itu. Overload! Kegunaan elektrik telah melebihi limitasinya, menyebabkan meter elektrik terbakar. Satu bangunan telah mengalami masalah putus bekalan elektrik selama 2 hari. Anda perlu alert bahawa setiap unit rumah strata telah dikira penggunaan voltannya.

Buat extension ke atas.

Jangan sesekali buat extension jika unit rumah anda berada di tingkat 2 dan ke atas. Mungkin anda teringin memiliki verandahyang cantik. Sedangkan struktur binaaan itu tidak kukuh untuk jangka masa yang panjang.  Anda kena faham setiap binaan memerlukan column dan beamyang kukuh! Dua benda ini lah yang penting untuk memegang struktur bangunan.
Kesannya,sambungan bangunan akan retak kemudian runtuh! Secara asasnya, foundation untuk penambahan tingkat atas tidak kuat untuk menampung struktur baru tersebut.

Tak bayar maintenance fee.

Maintenance fee memang perlu di bayar. Duit ini lah yang di gunakan untuk kerja-kerja penyengaraan dan pengurusan bangunan rumah anda. Tanpa duit ini, bagaimana kerosakan ingin dibaiki?
Kesannya, bangunan tidak boleh di selengara dengan baik. Banyak kes yang boleh kita lihat. Lebih teruk lagi, jika harta boleh alih anda di sita untuk membayar tuggakan maintenance fee. Ini antara yang telah terjadi http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/09/05/knock-knock-we-are-coming-for-you/
Kesimpulannya, bila kita pilih untuk menginap di kediaman jenis strata. Maka kita perlu ada tanggungjawab bersama. Sebenarnya, setiap apa yang ingin dilakukan perlu mendapat persetujuan bersama. Supaya tak ada masalah yang akan melibatkan keseluruhan penghuni bangunan strata.
sumber : http://www.kakiproperty.my/

Saturday, October 28, 2017

YURAN SENGGARAAN ADALAH KEWAJIPAN PEMILIK/PENYEWA

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


MEMBAYAR YURAN SENGGARAAN ADALAH SATU KEWAJIPAN WAJIB.
Seperti yang semua ketahui apabila membeli rumah yang berstarata ni atau rumah bertingkat ini.... yuran penyenggaraan memang sesuatu yang MESTI masuk dalam perkiraan budget kita. Kalau rasa tidak mahu bayar yuran penyenggaraan, jangan beli rumah beringkat atau jangan duduk menyewa. Ini adalah sesuatu yang MESTI! Tidak payah berbalah berkenaan perkara ini, semua perlu tahu. 

Tindakan yang boleh diambil oleh Pihak Pengurusan, tidak kiralah di bawah Developer ke @ JMB @ MC ke,  jika yuran senggaraan didapati tertunggak.
Dibawah Sections 22 and 24, Bahagian  V dibawah AKTA 663, dan pindaan AKTA PENGURUSAN 2013 (AKTA 757) yuran senggaraan adalah termasuk bayaran berikut
  • Yuran Senggaraan
  • Yuran ” Sinking Fund”
  • Bil air
  • Premium insuran bangunan
  • Cukai Tanah
  • Denda lewat
  • Lain lain bayaran wajib yang ditentukan oleh pengurusan
Orang yang berhutang ditafsirkan sebagai orang yang berhutang dengan pihak pengurusan. Tindakan yang diambil adalah seperti berikut.
TINDAKAN PRA PERUNDANGAN
Pemotongan bekalan air
Pengurusan mempunyai hak untuk memotong bekalan air sekiranya pemilikgagal menjelaskan tunggakan bayaran dalam tempoh 14 hari  dari tarikh  notis dikeluarkan kepada pemilik. Denda penyambungan semula akan dikenakan sebanyak RM50.00 dan penyambungan hanya akan dibuat selepas semua tunggakan dijelaskan dan denda diselesaikan. Denda yang dikutip akan dimasukkan dalam ” Building Maintenance Fund”.
Pemotongan fungsi kad masuk kekawasan Residensi atau bangunan
Pengurusan mempunyai hak untuk memotong kad access ke bangunan sekiranya pemilik gagal menjelaskan tunggakan bayaran dalam tempoh 14 hari  dari tarikh  notis dikeluarkan kepada pemilik. Denda penyambungan semula akan dikenakan sebanyak RM50.00 dan penyambungan hanya akan dibuat selepas semua tunggakan dijelaskan dan denda diselesaikan. Denda yang dikutip akan dimasukkan dalam ” Building Maintenance Fund”
TINDAKAN PERUNDANGAN
Jika pemilik gagal menjelaskan tunggakan selepas tindakan pra-perundangan, maka tindakan perundangan akan diambil. Notis rasmi akan dikeluarkan oleh pihak pengurusan atau pun peguam yang mewakili mereka.
(1) Jika caj penyenggaraan menjadi boleh didapatkan oleh Badan daripada seseorang pembeli menurut kuasa seksyen 23, Badan boleh menyampaikan kepada pembeli itu suatu notis bertulis yang meminta pembayaran jumlah wang yang kena dibayar dalam tempoh, yang tidak boleh kurang daripada empat belas hari dari tarikh penyampaian notis itu, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.
(2) Jika pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (1), jumlah wang atau sebahagian daripada jumlah wang itu masih belum dibayar, Badan boleh menyampaikan kepada pembeli itu notis bertulis selanjutnya yang menuntut pembayaran jumlah wang yang kena dibayar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis itu; dan jika selepas tamat tempoh tersebut, jumlah wang yang kena dibayar masih belum dibayar, Badan itu boleh memulakan prosiding dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa bagi mendapatkan jumlah wang tersebut atau, sebagai tambahan atau sebagai alternatif untuk mendapatkannya di bawah seksyen ini, mengambil jalan keluar dengan mendapatkannya di bawah seksyen 33.
(3) Jika seseorang ejen pengurusan telah dilantik oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen 25 untuk menyenggarakan dan menguruskan sesuatu kawasan pemajuan, suatu notis yang dihantar oleh ejen pengurusan itu hendaklah disifatkan telah dihantar oleh pemaju atau Badan.
Mendapatkan tunggakan caj
(1) Jika amaun caj yang kena dibayar tertunggak selama enam bulan, Pesuruhjaya boleh, atas permintaan Badan, mengeluarkan suatu waran penahanan dalam Borang B Jadual Kedua yang membenarkan penahanan apa-apa harta alih kepunyaan pembeli yang ditemui di dalam petak atau di tempat lain di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan.
(2) Tiada waran penahanan boleh dikeluarkan oleh Pesuruhjaya melainkan jika Pesuruhjaya telah menyampaikan suatu notis dalam Borang A Jadual Kedua kepada pembeli atau mana-mana seorang daripada pembeli petak itu, jika lebih daripada satu, yang meminta pembeli itu membayar tunggakan itu dalam masa empat belas hari dari penyerahan melalui pos atau penghantaran.
(3) Waran itu hendaklah dilaksanakan oleh seorang pegawai daripada pejabat Pesuruhjaya yang hendaklah membuat inventori harta yang ditahan itu dan pada masa yang sama memberikan notis dalam Borang C Jadual Kedua kepada orang yang pada masa penahanan itu ternyata merupakan orang yang memiliki harta itu.
(4) Pegawai itu boleh pada waktu siang memecah masuk secara paksa ke dalam mana-mana petak atau bangunan atau mana-mana bahagian petak atau bangunan itu bagi maksud melaksanakan penahanan itu.
(5) Melainkan jika tunggakan dan caj pungutan dibayar dalam masa tujuh hari dari penahanan harta itu, harta yang ditahan itu hendaklah dijual melalui lelongan awam.
(6) Jika apa-apa amaun didapatkan oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen ini, Pesuruhjaya boleh memotong daripada amaun itu caj pungutan itu bagi apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Menteri, dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri.
(7) Apa-apa amaun yang didapatkan oleh Pesuruhjaya, selepas pemotongan caj pungutan itu, hendaklah didepositkan ke dalam Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan secepat yang dapat dilaksanakan.
(8) Apa-apa lebihan, selepas pemotongan apa-apa amaun oleh Pesuruhjaya di bawah subseksyen (6), hendaklah dibayar kepada orang yang, pada masa penahanan itu adalah atau ternyata memiliki harta itu.
Kegagalan atau keengganan untuk membayar caj- Tindakan COB
Mana-mana orang yang, tanpa apa-apa sebab yang munasabah, gagal atau enggan membayar caj penyenggaraan dan pengurusan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan juga boleh didenda selanjutnya tidak melebihi lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.