4 messages
Puspel | Wed, Nov 2, 2011 at 11:30 AM | |
To: Astana Alam 3 | ||
|
****CINTAILAH APARTMENT KITA**** Peribadi bersih adalah lambang hati yang suci. Justeru, jika kita mampu membina sahsiah yang jauh daripada sifat mazmumah, sudah tentu kita mempunyai hati yang suci daripada bintik hitam mengotorkan. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung kepayahan, tetapi Dia berkehendak membersihkan kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. - Surah al-Maidah, Ayat 6
Puspel | Wed, Nov 2, 2011 at 11:30 AM | |
To: Astana Alam 3 | ||
|
Rujukan : JMBAA3/LATTER/057/2011
Tarikh : 19 Sept 2011
Ketua Perhilitan Daerah
Cawangan Sabak Bernam
Pejabat Perhilitan
Jalan Bagan
45300 Sabak Bernam
Tuan,
MASALAH MONYET LIAR DAN BIAWAK DI KAWASAN ASTANA ALAM 3, BANDAR PUNCAK ALAM
___________________________________________________________________________
Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
Kami pihak JMB Astana Alam 3 ingin membuat aduan berkenaan masalah monyet liar dan biawak yang berkeliaran terutama pada waktu pagi. Monyet-monyet ini mengeledah sampah sarap di kawasan pembuangan sampah menyebabkan rasa kurang selesa penduduk di kawasan Astana Alam 3. Masalah ini juga menjadi kebimbangan ibu bapa terhadap anak-anak apabila monyet-monyet ini mula memanjat ke atas apartmen.
Untuk pengetahuan isu ini telah di[anjangkan kepada Jabatan Perhilitan pada 13 Julai 2010 no aduan 0029/07/10 – (1) dan tindakan segera yang diambil oleh Jabatan Perhilitan dapat dilihat. Tetapi amat menyedihkan bila keadaan ini berulang kembali setelah Pihak Perhilitan mengambil semula sangkar yang dibekalkan.
Kami berharap dengan aduan ini dapat membantu masalah kami dengan kadar segera.
Segala jasa baik dan keperihatinan pihak tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian,
Yang benar,
JMB ASTANA ALAM 3
________________________
EN. MD SHAH BIN ISMAIL
Setiausaha JMB Astana Alam3
Menteri Besar Selangor hari ini di dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) mewajibkan setiap pembangunan perumahan bertingkat yang belum mempunyai meter individu menukar ke meter individu.
Para pemaju, ejen pengurusan, MC dan JMB mesti berbincang dengan Syabas untuk pertukaran atau migrasi ini.
Sebelum ini Syabas hanya membenarkan migrasi jika 100 peratus pemilik bersetuju dan sebarang tunggakan kepada Syabas diselesaikan.
Sekarang Syabas dan pemaju mestilah menyelesaikan sebarang isu-isu yang boleh menghalang migrasi ini. Mana-mana pemaju yang enggan akan disenarai hitam oleh Kerajaan Negeri.
Migrasi akan memberi manfaat kepada penduduk. Dengan meter individu, mereka boleh mendapat 20 meter padu air percuma yang ditawarkan melalui program negeri berkebajikan Pakatan Rakyat.
Potongan bekalan air juga tidak akan melibatkan mereka yang membayar bil-bil mereka kerana potongan akan dibuat hanya pada meter-meter mereka yang gagal membayar bukan di meter pukal.
Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan
3 Julai 2009
Salam Sejahtera,
Merujuk kepada e-mel yang kami terima pada 8/9/2011 dari pihak tuan.
Untuk makluman, permohonan migrasi untuk Astana Alam 3 telah siap disemak dah di sahkan lengkap pada bulan Ogos 2011. Proses seterusnya adalah membaca meter ditapak untuk mendapatkan nombor meter sebenar dan bacaan supaya boleh dimasukkan ke dalam sistem untuk proses pengebilan kemudiannya.
Adalah dijangkakan akaun-akaun individu akan mula diaktifkan minggu depan dan bacaan meter dan bil dijangka akan dikeluarkan pada hujung bulan ini (penghujung Sept 2011).
Terima kasih dan sila hubungi PUSPEL di talian bebas tol 1 800 88 5252 sekiranya tuan/puan memerlukan bantuan berhubung perkhidmatan air. Secara alternatif, tuan/puan boleh mengajukan sebarang pertanyaan/pendapat/aduan serta mendapatkan maklumat-maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air dengan mengikuti kami di laman web twitter iaitu www.twitter.com/puspel atau facebook dengan menaip "puspel" atau "puspel syabas".
Terima Kasih.
KHALIJAH MOHAMAD
PUSPEL
SYABAS
Salam Sejahtera,
Merujuk kepada e-mel yang kami terima dari pihak tuan.
Setelah disemak dengan pihak Syabas Kuala Selangor, dimaklumkan status permohonan migrasi untuk Pangsapuri Astana Alam 3 masih dalam proses lagi. Walaubagaimanapun, pihak kami sedang dalam proses mendapatkan maklumbalas lanjut berkenaan status permohonan migrasi tersebut. Kami akan memaklumkan semula kepada pihak tuan setelah mendapat maklumbalas dari pegawai terbabit.
Terima kasih dan sila hubungi PUSPEL di talian bebas tol 1 800 88 5252 sekiranya tuan/puan memerlukan bantuan berhubung perkhidmatan air. Secara alternatif, tuan/puan boleh mengajukan sebarang pertanyaan/pendapat/aduan serta mendapatkan maklumat-maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air dengan mengikuti kami di laman web twitter iaitu www.twitter.com/puspel atau facebook dengan menaip "puspel" atau "puspel syabas".
Terima Kasih.
KHALIJAH MOHAMAD
PUSPEL
SYABAS
MEMO
Tarikh : 13 Sept 2011
PER: MEMPAMIRKAN PELEKAT KENDERAAN ASTANA ALAM 3
Merujuk perkara diatas, adalah dimaklumkan kepada pemilik/penghuni AA3 hendaklah memastikan kenderaan Tuan/Puan mempunyai/mempamirkan pelekat kenderaan yang dikhaskan. Ini adalah bertujuan untuk rekod pejabat dan pemeriksaan keselamatan oleh Pengawal Keselamatan disamping menentukan kawalan kenderaan yang keluar/masuk dipintu utama AA3.
Sehubungan dengan itu, penduduk/penghuni yang masih belum mendaftar/mendapatkan pelekat kenderaan tersebut, boleh berbuat demikian di Pejabat Pengurusan JMB AA3 atau Pondok Pengawal Keselamatan sebelum 21 Sept 2011. Selepas tempoh tersebut tamat, sebarang kenderaan tanpa pelekat tidak dibenarkan masuk ke kawasan Apartment ini. Penguatkuasaan pelekat kenderaan akan dilaksanakan sepenuhnya pada 21 Sept 2011.
Pelekat kenderaan boleh didapati pada harga RM3.00/keping. Kerjasama dari Tuan/Puan bagi memudahkan sebarang urusan keluar /masuk ke Apartment Astana Alam 3 amatlah dihargai.
Sekian. Terima kasih.
Yang Benar,
| |
|
ASTANA ALAM 3 (J.M.B)
Permata G1-25, Jalan Astana 13/2, Astana Alam3,
Bandar Puncak Alam, 42300 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03 3393 2875 Fax : 03-3393 3051 / Email : jmbaa3@gmail.com / Blog : jmbaa3@blogspot.com
TARIKH: 28 Julai 2011
Tuan/puan yang dihormati,
PERKARA : PERINGATAN KALI KE-2 - BIL TERTUNGGAK
JUMLAH TUNGGAKAN : RM__________________ ( Bil sehingga 23 Julai 2011)
__________________________________________________________________________________
Mengikut rekod kami, pihak tuan/puan masih mempunyai bil tertunggak seperti caj penyelenggaran, insuran kebakaran, bil air, sinking fund dan cukai tanah yang masih belum dijelaskan sepenuhnya.
Tuan/ puan dengan ini dikehendaki menjelaskan bil tertunggak seperti diatas sebelum 05 Aug 2011.
Kepada pemilik/penghuni/penyewa unit-unit yang terlibat, sila berhubung dengan Badan Pengurusan Bersama Astana Alam 3 (JMBAA3) dalam tempoh yang diberikan bagi membayar tunggakan atau berbincang tentang penstrukturan pembayaran. Kegagalan tanggungjawab setiap unit untuk menjelaskan tunggakan atau sekurang-kurangnya mengurangkan tunggakan ke tahap paling munasabah unit tuan/puan akan ditampal dipapan kenyataan setiap tangga.
Kami akan mengambil tindakan mengeluarkan:
[ Bagi unit yang telah menandatangai Aku-Janji untuk pembayaran secara ansuran tetapi masih gagal untuk mematuhinya, senarai unit anda akan dirujuk terus dengan C.O.B.]
Tindakan segera tuan-tuan dan puan-puan amat dituntut demi kepentingan semua penduduk lain.
Pembayaran bil boleh dibuat di Pejabat Pengurusan (JMB Astana Alam 3, Blok Permata G1-25, Jln Astana 13/2, Astana Alam 3 Bandar Puncak Alam). Bayaran juga boleh melalai Internet Banking dan juga di mana-mana ATM Maybank ke no akaun :
Bank Maybank | No.Akaun |
JMB ASTANA ALAM 3 | 562357503041 |
Setelah transaksi dibuat, sila kirim atau faxkan salinan bayaran tersebut beserta no. unit, no. telefon, nama dan sebagainya kepada kami ke no. fax 03-33933051 (untuk perhatian Pn Aniza/ pn.Asiah)
Waktu pembayaran : Isnin - Jumaat ( 8.30 pagi ~ 4.30 petang & Sabtu 8.30 ~ 12.00 tghr)
*Sila abaikan notis ini, sekiranya anda telah menjelaskan bil berkenaan dan terima kasih
diucapkan
Pihak Pengurusan
JMB ASTANA ALAM 3
ASTANA ALAM 3 (J.M.B)
Permata G1-25, Jalan Astana 13/2, Astana Alam3,
Bandar Puncak Alam, 42300 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03 3393 2875 Fax : 03-3393 3051 / Email : jmbaa3@gmail.com / Blog : jmbaa3@blogspot.com
TARIKH: 28 MEI 2011
Tuan/puan yang dihormati,
PERKARA : PERINGATAN / MAKLUMAN - BIL TERTUNGGAK
JUMLAH TUNGGAKAN : __________________ ( Bil sehingga 25 Mei 2011)
__________________________________________________________________________________
Mengikut rekod kami, pihak tuan/puan mempunyai bil tertunggak seperti caj penyelenggaran, insuran kebakaran, bil air, sinking fund dan cukai tanah yang masih belum dijelaskan sepenuhnya.
Tuan/ puan dengan ini dikehendaki menjelaskan bil tertunggak seperti diatas sebelum 05 July 2011.
Kepada pemilik/penghuni/penyewa unit-unit yang terlibat, sila berhubung dengan Badan Pengurusan Bersama Astana Alam 3 (JMBAA3) dalam tempoh yang diberikan bagi membayar tunggakan atau berbincang tentang penstrukturan pembayaran. Kegagalan tanggungjawab setiap unit untuk menjelaskan tunggakan atau sekurang-kurangnya mengurangkan tunggakan ke tahap paling munasabah kami akan mengambil tindakan mengeluarkan BORANG A (Notis Untuk Membayar Tunggakan) yang akan dikeluarkan oleh C.O.B (Commissional Of Building / Suruhanjaya Bangunan).
Tindakan segera tuan-tuan dan puan-puan amat dituntut demi kepentingan semua penduduk lain.
Pembayaran bil boleh dibuat di Pejabat Pengurusan (JMB Astana Alam 3, Blok Permata G1-25, Jln Astana 13/2, Astana Alam 3 Bandar Puncak Alam). Bayaran juga boleh dibuat melalui mana-mana ATM Maybank ke no akaun :
Bank Maybank | No.Akaun |
JMB ASTANA ALAM 3 | 562357503041 |
Setelah transaksi dibuat, sila kirim atau faxkan salinan bayaran tersebut beserta no. unit, no. telefon, nama dan sebagainya kepada kami ke no. fax 03-33933051 (untuk perhatian Pn Aniza/ pn.Asiah)
Waktu pembayaran : Isnin - Jumaat ( 8.30 pagi ~ 4.30 petang)
Sabtu ( 8.30 ~ 12.00 tghr)
*Sila abaikan notis ini, skiranya anda telah menjelaskan bil berkenaan dan terima kasih
diucapkan
Pihak Pengurusan
JMB ASTANA ALAM 3
SENARAI PENGURUSAN JMB ASTANA ALAM 3
2011~ 2012
BIL | NAMA & ALAMAT | JAWATAN | TELEFON |
1 | EN. IBRAHIM BIN IDRIS (KASIH GI ~ 13) AJK KESELAMATAN / SOSIAL | PENGERUSI | 019 2180196 |
2 | EN. MD SHAH BIN ISMAIL (JUWITA G1 ~ 34) AJK KEBAJIKAN / SOSIAL | SETIAUSAHA | 012 7716454 |
3 | EN. ANNUAR B. HUSSAIN (INTAN 02 ~ 09) AJK PENGURUSAN / SOSIAL | BENDAHARI | 012 3860810 |
4 | EN. NOOR HARIRI B. SHARUDIN (INTAN 02 ~ 08) AJK KEBAJIKAN / SOSIAL | AHLI JAWATAN KUASA | 019 2716021 |
5 | EN. CHE AMIN BIN CHE OMAR (INTAN G1 ~ 21) AJK PENGURUSAN / SOSIAL | AHLI JAWATAN KUASA | 012 3462061 |
6 | EN. ZUMAILI BIN YAHYA (PERMATA 03 ~ 12) AJK KESELAMATAN / SOSIAL | AHLI JAWATAN KUASA | 017 2671214 |
7 | EN. HASARUDDIN BIN HASSAN (INTAN G1 ~ 09) AJK KEBAJIKAN / SOSIAL | AHLI JAWATAN KUASA | 013 6022975 |
8 | AHMAD FAHMY BIN NOR MOHAMED (INTAN 04 ~ 36) AJK KESELAMATAN / SOSIAL | AHLI JAWATAN KUASA | 019 2762233 |
9 | EN. ABD HALIM BIN DARUS (PERMATA 04 ~ 21) AJK PENGURUSAN / SOSIAL | AHLI JAWATAN KUASA | 017 3886161 |